Labels

Wednesday, March 6, 2013

Siri Ceramah Mengenali Ajaran Syiah 2013

Siri Penjelasan Ajaran Syiah, Kuliah dan Ceramah yang dirakam oleh DKS Dokumentari Kuliah, Jazahumullahu Khaira.. Untuk mendapat maklumat tentang Syiah sila ke: http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=4715

Wednesday, February 27, 2013

Syarah 2 Kitab: Apa Erti Saya Menganut Islam & Bahtera Penyelamat Dalam Kehidupan Pendakwah.

Dua buah kitab yang ditulis oleh Dr Fathi Yakan. Abu Anas memilih buku ini kerana ia menjadi bacaan para pendakwah dalam usrah mereka. Pendekatan yang ana bawa ialah dengan meneliti hadis-hadis yang dibawa, dengan menyatakan sanad dan komentar para ulama’ hadis terhadapnya, sekiranya ada hadis lain yang lebih sahih maka ana akan baca yang sahih, ana juga menghuraikan secara ringkas isi kandungannya, semoga usaha yang mutawadhi’ ini mendapat pertolongan Allah dan diberkatinya, Aamin. 1- Wacana Buku: Apa Ertinya Saya menganut Islam. Kuliah Maghrib. Surau Al-Islah, Kota Seriemas, Nilai. 2- Kitab Bahtera Penyelamat. Bertempat: Masjid Al-Azhari, Pkl Chuit, Machang.

Tuesday, February 26, 2013

BATAS-BATAS AURAT & MAHRAM DALAM ISLAM


BATAS-BATAS AURAT DALAM ISLAM
بسم الله الرحمن الرحيم، الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن والاه، وبعد.
Aurat dari segi bahasa; ialah keaiban.
Manakala dari segi istilah Syarak; ialah bahagian-bahagian tertentu pada tubuh manusia yang wajib ditutup.
Jadi, aurat bermaksud bahagia-bahagian tertentu yang wajib dilindungi daripada pandangan orang ajnabi (orang yang boleh berkahwin dengannya) kerana perbuatan tersebut dianggap suatu yang mengaibkan di sisi agama Islam.

Monday, February 25, 2013

Memelihara Aurat ~ Lambang Peribadi Muslimah.

Memelihara Aurat (Ketika Solat~Di Luar Solat) 
 Lambang Peribadi Muslimah.

Antara syiar terpenting yang dapat membezakan seorang wanita Islam dengan wanita bukan Islam ialah dari segi disiplin pakaian yang menepati kehendak dan piawaian syariat. Disiplin berpakaian ini lebih kerap disebut sebagai kewajipan menutup aurat kerana secara asasnya Islam tidak menetapkan jenis pakaian yang perlu dipakai, tetapi menetapkan bahagian mana yang wajib ditutup bersama beberapa kriteria asas. Hal ini bersesuaian dengan ciri-ciri syariat Islam itu sendiri yang bersifat thabat dan murunah, tetap dalam menjaga prinsip-prinsip asas dan anjal jika melibatkan permasalahan cabang dan kaedah pendekatan. Ia tegas dari segi prinsip wajib memakai tudung kepala dan menutup aurat mengikut batas yang telah ditentukan. Namun dari segi jenis pakaiannya masih fleksibel dan boleh disesuaikan selama mana ia memenuhi garis panduan atau ciri-ciri menutup aurat.

Wednesday, February 13, 2013

Syarah Kitab Bimbingan Mukmin- Bab Ilmu, Aqidah, Rahsia Taharah & Solat.

Alhamdulillah, Kitab ini mula disyarahkan di Masjid Ar-Rahman, Pondok Sungai Durian, pada malam Khamis 11 Syawal 1433H bersamaan dengan 29 Ogos 2012.

Sunday, January 27, 2013

HUKUM BERSELAWAT & BERZIKIR DENGAN GENDANG, MUZIK & TARIAN

BERSELAWAT & BERZIKIR DENGAN GENDANG, MUZIK & TARIAN.
بسم الله الرحمن الرحيم، الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وأصحابه، والتابعين لهم على الهدى والإسلام إلى يوم الدين، أما بعد
Dalam kita mencari ilmu untuk beribadah menurut apa yang diajar oleh Nabi saw, masih ramai lagi yang keliru dalam memahami kaedah sebenar sebagai panduan dalam beribadah. Maka lahirlah begitu banyak perselisihan di dalam bab ini. Baik perselisihan dengan golongan ahli ahwa’ (golongan rafhidhah yang menghalalkan bid’ah di dalam urusan agama) yang sememangnya tersasar dari Manhaj As-Sunnah mahupun perselisihan sesama golongan yang berfahaman atau bermanhaj As-Sunnah.