Meraih Mahabbah Cinta Allah
Alhamdulillah
al-Faqir Abu Anas Madani telah selesai syarah Sepuluh Sebab Untuk Mendapat Mahabbah
Atau Kasih Allah Subhanahu wa Ta’ala melalui kitab ini serta beberapa tambahan
dan huraian.
Lihat link huraian
Bahasa Arab di:
الأسباب الموجبة
لمحبة الله
Sepuluh sebab atau
cara ini disebut oleh Sheikh Ibnu
Al-Qayyim rahimahullah dalam Kitab “Madarij As-Salikin” - ( مدارج السالكين ).
1- Baca
Al-Quran dengan tadabbur dan memahami maknanya.
2- Bertaqarrub
kepada Allah dengan melakukan amalan sunat.
3- Sentiasa
berzikir mengingati Allah dalam semua keadaan.
4- Melebihkan
cinta kepada Allah di atas kecintaan kepada perkara lain.
5- Mutalaah
dengan hati akan nama-nama dan sifat-sifat Allah.
6- Menyaksikan
dengan mata hati (musyahadah) akan kebaikan dan limpah kurnia Allah
zahir dan batin.
7- Tundukkan
hati secara meyeluruh di hadapan keagungan Allah.
8- Sentiasa
berkhalwat dengan ibadat kepada Allah pada waktu sunyi di akhir malam.
9- Bersahabat
dan duduk dalam majlis ilmu bersama orang yang soleh.
10- Jauhkan
diri dari semua perkara yang boleh menjauhkan hati dari Allah Azza wa jalla.
Jalan Menuju Cinta Allah 01;
Banyakan Berzikir Kepada Allah Dalam Semua Keadaan.
Jalan Menuju Cinta Allah 02;
Banyak Bertaqarrub Dengan Amalan Sunnat
Jalan Menuju Cinta Allah 03;
Mendekati Orang Yang Soleh dan Berkasih Sayang Kerana Allah
Jalan Menuju Cinta Allah (JMCA) 04;
Tadabur & Memahami Al Quran
Jalan Menuju Cinta Allah (JMCA) 05;
Melebihkan Kecintaan Kepada Allah & Rasul S.A.W Dari Hawa Nafsu
Jalan Menuju Cinta Allah (JMCA) 06;
Menyaksikan Limpahan Ni'mat Allah Zahir & Batin
Jalan Menuju Cinta Allah JMCA 07;
Bermunajat Waktu Sunyi Di Akhir Malam
Jalan Menuju Cinta Allah (JMCA) 08;
Melebihkan Kecintaan Kepada Allah & Rasul S A W Dari Hawa Nafsu
Jalan Menuju Cinta Allah (JMCA) 09;
Meneliti Serta Menghayati Nama Nama & Sifat Sifat Allah
Jalan Menuju Cinta Allah (JMCA) 10;
Jauhi Sebab Yang Menjauhkan Hati Dari Allah
Semoga mendapat manfaat dari kuliah ini.
Akhukum,
Abu Anas Madani,
Pondok Sungai Durian.
16 Mac 2014.