بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، والصلاة
والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين، وبعد.
Mencintai Rasulullah saw merupakan kewajipan bagi setiap
muslim dan semuanya mengaku ingin mencintainya, namun tidak semua pengakuan itu
benar dan tidak semua keinginan itu baik. Oleh kerana itu diperlukan bukti dan
tanda yang dapat dijadikan dalil kebenaran pengakuan cinta terhadap Rasulullah saw. Ini kerana apabila pengakuan tidak
dibuktikan dengan dalil yang nyata, maka tentulah banyak orang membuat kerosakan
dan kekacauan dengan pengakuan-pengakuan dusta, sebagaimana sabda Rasulullah saw:
(( لَوْ
يُعْطَى النَّاسُ بِدَعْوَاهُمْ
لادَّعَى نَاسٌ دِمَاءَ رِجَالٍ وَأَمْوَالَهُمْ)) رواه البخاري ومسلم.
“Seandainya manusia diberikan (diterima)
semua pengakuannya, tentulah ramai orang yang menuntut darah dan harta orang
lain.” [HR: Al-Bukhari]
AAM; BUKTI & TANDA CINTA TERHADAP RASULULLAH SAW
Maka wajib atas setiap muslim mengetahui
bukti dan tanda kecintaan kepada Rasulullah saw
dan mengamalkan serta merealisasikannya dalam kehidupan seharian mereka. Jadi,
bukti dan tanda-tanda tersebut menunjukkan kecintaannya yang hakiki, semakin
banyak memiliki bukti dan tanda tersebut maka semakin tinggi dan sempurna
kecintaannya kepada Rasulullah saw.
Di antara bukti dan tanda-tanda tersebut
adalah:
1. Mencontohi dan mengamalkan
sunnah Baginda saw.
Mencontohi, mengikuti Rasulullah saw dan berjalan di atas manhaj Baginda
saw serta berpegang teguh dan mengamalkan seluruh perkataan dan perbuatan Baginda
saw adalah tanda pertama cintakan Rasulullah saw. Bahkan orang yang benar-benar
mencintai Rasulullah saw adalah
orang yang mengikuti Rasulullah saw secara
zahir dan batin serta selalu menyesuaikan perkataan dan perbuatannya dengan
sunnah Rasulullah saw.
Orang yang mencintai Rasulullah saw adalah orang yang bersemangat,
berpegang teguh dan menghidupkan ajaran Baginda. Ianya dizahirkan dengan
mengamalkan sunnahnya, melaksanakan perintahnya dan menjauhi larangannya dalam perkataan
dan perbuatan serta mendahulukan itu semua daripada hawa nafsu dan kelazatannya
sebagaimana firman Allah swt:
] قُلْ إِنْ كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ
وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ
تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللهِ
وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِيسَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللهُ
بِأَمْرِهِ ۗ وَاللهُ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ [
{Katakanlah: “Jika bapa-bapa, anak-anak,
saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluarga dan harta kekayaan yang kamu
usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat
tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya
dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan
keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.} [Surah At-Taubah:24].
Menghidupkan sunnah dan mengikuti
Rasulullah saw dalam setiap langkah
kehidupannya adalah bukti kecintaan kepada Rasulullah saw sebagaimana juga menjadi bukti
kecintaan kepada Allah. Allah swt berfirman:
] قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللهَ فَاتَّبِعُونِي
يُحْبِبْكُمُ اللهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ [
{Katakanlah: Jika kamu (benar-benar)
mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni
dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.} [Surah Aali Imran:
31].
Berdasarkan hal ini, kecintaan kepada Allah
dan Rasul-Nya menuntut natijah mengamalkan hal-hal yang dicintai dan menjauhi
yang dilarang dan dibenci oleh Baginda saw. Tidak mungkin ada orang yang
mencintai Rasulnya adalah orang yang tidak mahu mengikuti sunnahnya atau bahkan
melakukan perkara yang bercanggah dengan ajarannya dengan sengaja.
2. Banyak mengingati dan menyebutnya, kerana orang yang mencintai sesuatu tentu
akan sentiasa mengingat dan menyebutnya. Sentiasa ingat kepadanya merupakan
sebab kesinambungan kecintaan dan kerberterusannya.
3. Menyampaikan selawat dan salam kepada
Rasulullah saw sebagaimana firman Allah:
] إِنَّ اللهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ
ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا [
{Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya
berselawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepada
Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.} [Surah Al-Ahzaab: 56].
4. Menyebut keutamaan dan kemuliaan serta
sifat, akhlak dan perilaku utama yang Allah berikan kepada Baginda saw, juga mukjizat serta bukti kenabian untuk
mengenal kedudukan dan martabat Baginda saw. Demikian juga untuk mengenalkan
orang lain dan mengingatkan mereka tentang hal itu agar mereka semakin beriman
dan bertambah kecintaan kepada Rasulullah saw.
Ulama' menyatakan faedah yang boleh didapati dari Selawat
ke atas Nabi saw ialah: Seorang ketika banyak menyebut kekasihnya, mengingatinya
dihati, mengingati kebaikan-kebaikan dan perkara-perkara yang boleh melahirkan
perasaan cinta kepadanya maka semakin berlipat ganda kecintaannya kepada
kekasihnya tersebut dan bertambah rindu kepadanya. Apabila dia tidak menyebutnya
sama sekali, tidak mengingatinya dan kebaikannya, maka akan berkurangan rasa
cinta dihatinya.
Apabila keadaan ini kuat dihatinya maka
lisannya terus memuji dan menyebut kebaikan-kebaikannya. Bertambah dan
berkurangnya keadaan ini sesuai dengan perasaan cinta dihatinya dan anggota
menjadi saksi kebenaran itu dengan mengamalkannya.
Fadhilat atau kelebihan berselawat ke atas
Nabi saw sangat banyak dan sangat masyhur.
5. Bersopan santun dan beradab dengan Baginda
saw baik dalam menyebut
nama atau memanggilnya, kerana Allah swt telah berfirman:
] لا تَجْعَلُوا دُعَاءَ الرَّسُولِ بَيْنَكُمْ
كَدُعَاءِ بَعْضِكُمْ بَعْضًا ۚ قَدْ يَعْلَمُ اللهُ الَّذِينَ يَتَسَلَّلُونَ
مِنْكُمْ لِوَاذًا ۚ فَلْيَحْذَرِ الَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ أَنْ تُصِيبَهُمْ
فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ [
{Janganlah kamu jadikan panggilan (kepada)
Rasulullah saw di antara kamu seperti panggilan sesama kamu. Sesungguhnya Allah
telah mengetahui orang-orang yang menarik diri (dari majlis Nabi saw) di antara
kamu secara berselindung dan bersembunyi, maka hendaklah orang-orang yang
mengikari perintah-Nya beringat serta berjaga-jaga, jangan mereka ditimpa bala
bencana atau ditimpa azab yang pedih}. [Surah An-Nuur: 63].
Kata ulama': Adab yang tinggi terhadap
Rasulullah saw adalah menerima sepenuhnya
serta tunduk patuh kepada perintahnya. Menerima perkhabarannya dengan penuh
penerimaan dan membenarkannya tanpa ada penentangan dengan pemikiran ma’qul
(masuk akal), syubhat, keraguan atau mendahulukan pendapat para intelektual dan
pemikiran mereka yang tidak betul, dengan hanya berhukum dan menerima, tunduk
dan taat kepada Baginda saw sahaja.
6. Berharap dan rindu untuk melihat dan berjumpa
dengan Rasulullah saw walaupun terpaksa membayarnya dengan harta dan keluarga.
Tanda kecintaan ini dijelaskan oleh Rasulullah
saw dalam sabdanya:
))مِنْ أَشَدِّ أُمَّتِي لِي حُبًّا نَاسٌ يَكُونُونَ بَعْدِي
يَوَدُّ أَحَدُهُمْ لَوْ رَآنِي بِأَهْلِهِ وَمَالِهِ((.
“Diantara umatku yang paling mencintaiku
adalah orang-orang yang hidup selepasku, salah seorang dari mereka sangat ingin
melihatku walaupun terpaksa menebus dengan keluarga dan harta.” [HR Muslim].
7. Menyampaikan Nasihat untuk (beriman
kepada) Allah, kitab-Nya dan Rasul-Nya.
Sabda Rasulullah saw:
((الدِّينُ
النَّصِيحَةُ. قُلْنَا: لِمَنْ؟ قَالَ: للهِ، وَلِكِتَابِهِ، وَلِرَسُولِهِ، وَلأَئِمَّةِ
الْمُسْلِمِينَ، وَعَامَّتِهِمْ)).
“Agama
itu adalah nasihat.” Sahabat bertanya: Kepada siapa wahai Rasulullah? Baginda
menjawab: “Untuk (beriman kepada) Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya dan pemimpin kaum
muslimin serta kaum muslimin seluruhnya.” [HR Muslim,
No. 55].
Maksud nasihat untuk Nabi itu ialah beriman
kepadanya, mentaati perintahnya, mengikuti sunnahnya dan mencintainya.
8. Belajar Al Quran, istiqamah membacanya dan memahami
maknanya. Demikian juga belajar sunnahnya, mengajarkannya dan mencintai ahlinya
(ahlu sunnah). Imam Al Qadhi Iyaad rahimahullah menyatakan: Diantara
tanda-tanda mencintai Rasulullah adalah mencintai Al-Quran yang diturunkan
kepadanya dan Baginda saw mengambil petunjuk dan membimbing (manusia) dengannya
serta berakhlak dengannya sehingga A’isyah menyatakan:
كَانَ خُلُقُهُ الْقُرْآنَ
“Sesungguhnya
Akhlak Baginda saw adalah
Al Quran”. [HR Imam Ahmad].
Ibnu Mas’ud ra berkata: “Janganlah seseorang menanyakan untuk
dirinya kecuali Al-Quran, apabila ia mencintai Al-Quran maka ia mencintai Allah
dan Rasul-Nya”. [lihat: Huquq Al-Nabi 1/343].
9. Mencintai orang yang Rasulullah saw cintai, antaranya:
a. Ahlul-baitnya (keluarga)
Imam Al Baihaqi rahimahullah berkata:
“Termasuk dalam lingkungan mencintai Rasulullah saw adalah mencintai ahli
bait”. [lihat: Syu’abul Iman: 1/282].
Ulama' lain pula menyatakan: “Di
antara usul ahlus Sunnah wal Jama’ah, mereka mencintai ahli bait Rasulullah saw dan memberikan keutamaan kepada mereka
serta menjaga wasiat Rasulullah saw tentang mereka.”
Kemudian beliau juga menyatakan: “Ahlul
bait Rasulullah saw memiliki hak-hak yang wajib dipelihara, kerana Allah menjadikan
untuk mereka hak dalam Al-Khumus, Al fai’ (harta rampasan perang) dan
memerintahkan berselawat untuk mereka bersama selawat untuk Rasulullah saw. [lihat: Majmu’ fatawa 3/407].
b. Para isteri Baginda saw.
Ahlus Sunnah Wal Jama’ah menjaga keutamaan
dan hak-hak mereka dan meyakini mereka tidak sama seperti para wanita lainnya, kerana
Allah telah membezakannya dalam firman-Nya:
] يَا نِسَاءَ النَّبِيِّ لَسْتُنَّ كَأَحَدٍ مِنَ
النِّسَاءِ ۚ [
{Wahai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian
tidaklah sama seperti wanita yang lain.} [Surah Al-Ahzab: 32].
Menjadikan mereka sebagai ibu kaum mukminin
dalam firman-Nya:
] وَأَزْوَاجُهُ أُمَّهَاتُهُمْ ۗ [
{Dan isteri-isterinya adalah ibu-ibu
mereka.} [Surah Al-Ahzaab:
6].
Sehinggakan wajib bagi kita menjaga hak-hak
mereka walaupun setelah mereka wafat, berselawat untuk mereka bersama Nabi saw dan memohon keampunan bagi mereka
serta menzahirkan pujian dan keutamaan mereka.
c. Para sahabat Baginda saw.
Imam Al-Baihaqi rahimahullah menyatakan:
Termasuk dalam kecintaan kepada Nabi saw adalah
cinta kepada para sahabat Baginda saw, kerana Allah telah memuji mereka dalam
firman-Nya:
] مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللهِ ۚ وَالَّذِينَ مَعَهُ
أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ ۖ تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا
يَبْتَغُونَ فَضْلا مِنَ اللهِ وَرِضْوَانًا ۖ سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِمْ مِنْ أَثَرِ
السُّجُودِ ۚ [
{Muhammad itu adalah utusan Allah dan
orang-orang yang bersama dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi
berkasih sayang sesama mereka: kamu lihat mereka rukuk dan sujud mencari kurniaan
Allah dan keredhaan-Nya, tanda-tanda mereka nampak pada muka mereka kesan dari
sujud. [Surah Al-Fath: 29].
Firman Allah swt juga:
] لَقَدْ رَضِيَ اللهُ عَنِ الْمُؤْمِنِينَ إِذْ
يُبَايِعُونَكَ تَحْتَ الشَّجَرَةِ فَعَلِمَ مَا فِي قُلُوبِهِمْ
فَأَنْزَلَ السَّكِينَةَ عَلَيْهِمْ وَأَثَابَهُمْ
فَتْحًا قَرِيبًا
[
{Sesungguhnya Allah telah redha terhadap
orang-orang mukmin ketika mereka berjanji setia kepadamu di bawah pokok, maka
Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan ke
atas mereka dan memberi balasan kepada mereka dengan kemenangan yang hampir
(waktunya). [Al-Fath:18].
Kemudian beliau ra menyatakan: “Apabila
mereka (para sahabat) telah mendapat kedudukan ini, maka mereka memiliki hak
dari kaum muslimin untuk mencintai mereka dan mendekatkan diri kepada Allah
dengan kecintaan kepada mereka. Ini kerana
apabila Allah meredhai seseorang, maka Dia mencintainya dan wajib atas seorang
hamba untuk mencintai orang yang Allah cintai.” [Lihat:
Syu’abul Iman: 1/287].
Umat Islam wajib mencintai sahabat, meredhai
mereka dan mendoakan kebaikan untuk mereka.
Rasulullah saw bersabda:
))لا تَسُبُّوا أَصْحَابِي فَوَالَّذِي نَفْسِيْ
بِيَدِهِ لَوْ أَنَّ أَحَدَكُمْ أَنْفَقَ مِثْلَ أُحُدٍ ذَهَبًا مَا بَلَغَ مُدَّ
أَحَدِهِمْ وَلا نَصِيفَهُ((
“Janganlah kamu sekelian mencela para
sahabatku, demi Allah seandainya salah seorang dari kamu berinfaq emas sebesar bukit
Uhud, tidak akan menyamai satu mud (cupak) mereka dan tidak juga separuhnya.” [HR: Al-Bukhari]
10. Membenci orang yang Allah dan Rasul-Nya
benci, memusuhi orang yang
memusuhi Allah dan Rasul-Nya, menjauhi orang yang menyalahi sunnahnya dan
Syariah Islam, serta membenci semua perkara yang menyalahi Syariat. Allah swt
berfirman:
] لا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ
يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آبَاءَهُمْ أَوْ
أَبْنَاءَهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ ۚ أُولَٰئِكَ كَتَبَ فِي
قُلُوبِهِمُ الإِيمَانَ... [
{Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum
yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih sayang dengan
orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya, sekalipun
orang-orang itu ialah bapa-bapa, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun
keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menanamkan keimanan dalam
hati mereka...} [Al-Mujaadilah: 22].
Seorang mukmin wajib
memusuhi kerana Allah dan berkasih sayang kerana Allah.
Demikianlah sebahagian tanda dan bukti
penting kecintaan kita kepada Rasulullah saw, semoga Allah memudahkan kita
untuk memiliki dan merealisasikannya dalam kehidupan seharian kita. Wabillahi
taufiq.
Rujukan:
1.
Huquq An-Nabi ‘Ala Umatihi Fi Dhaw’ al-Kitab Was as-Sunnah, Dr.
Muhammad Khalifah Al-Tamimi, Penerbit Adwaa’ Al Salaf, 1418 H,)
2.
Mahabbatu An-Nabi Wa Ta’zimuhu. Fahd bin Abdullah
Al-Habisyi.
3.
[http://ustadzkholid.com/aqidah/bukti-dan-tanda-cinta-rasul/
]
4.
www.abuanasmadani.com
Akhukum,
Abu Anas Madani, 4 Rabi’ul Awal 1431H.