Catatan Nurul Islah Hj Ismail, yang menyertai rombongan Abu Anas ke Istanbul & Umarah 2013 dan beliau ditugaskan sebagai pencatat perjalanan rehlah.
Di bawah ini ialah 10 Faedah & Pengajaran Hasil Daripda Ziarah Kami Di Bumi Istanbul.
Didikan yang diberikan guru kepada anak murid membawa
impak yang besar dalam hidup murid
tersebut. Seperti yang dilakukan oleh guru Al-Fateh yang merotannya tanpa sebab
menyebabkan al-Fateh berfikir & menyimpan hasrat membuktikan dia bukan
seorang yang boleh dizalimi. Dia bangkit untuk merealisasikan hasrat ayahnya
untuk menjadi sebaik-baik pemimpin seperti yg telah disebut oleh Rasulullah
s.a.w & menawan Kota Constantinople.
[Siri 1 Catatan di: Rehlah ke Istanbul. ]
[Siri 1 Catatan di: Rehlah ke Istanbul. ]
2. Mohon pertolongan ALLAH adalah sesuatu yang
paling utama.
Suatu hari, Al-Fateh ingin bertemu dengan gurunya namun
dihalang oleh pengawal gurunya kerana waktu itu waktu yang tak dibenarkan
sesiapa pun bertemu gurunya. Gurunya ingin bersendirian. Namun, Al-Fateh tak
puas hati & menghunuskan pedangnya membelah kain khemah gurunya itu.
Alangkah terkejut Al-Fateh apabila melihat gurunya sedang sujud menangis merayu
kepada ALLAH. Apabila kita menjaga hubungan dengan ALLAH, pasti pertolongan
ALLAH untuk kita peroleh. Hari tersebut merupakan sehari sebelum al-Fateh ingin
melancarkan peperangan ke atas tentera Rom untuk menakluk kota tersebut.
3. Ibu bapa mesti menanam azam yang baik ke dalam
diri anak-anak & melihat potensi mereka
Sebagai ibu bapa, tanamlah semangat roh Islam ke dalam
diri anak-anak supaya mereka bersemangat untuk berjuang mempertahankan Islam.
Dalam masa yang sama lihat potensi & kelebihan yang ada dalam diri
anak-anak. Jangan terlalu memaksa anak-anak untuk melakukan sesuatu di luar
kemampuannya. Seperti ayah al-Fateh, walaupun anaknya ini seorang kanak-kanak
yang agak nakal namun dari kecil lagi al-Fateh sudah di tanam dengan semangat
untuk menawan kota Constantinople & menjadi seperti yang Rasulullah katakan. Selain itu, ayahnya juga
dapat melihat jiwa kepahlawanan dalam diri al-Fateh.
4. Strategi yang tersusun sangat penting dalam
hidup
Memetik kata-kata Saidina Ali, 'Perancangan yang tidak
tersusun akan dikalahkan dengan kebatilan yang tersusun'. Betapa hebat &
tersusnnya perancangan Al-Fateh ketika serangan menawan kota ini menyebabkan
mereka memperoleh kemenangan. Di samping kebergantungan & hubungan yang
kuat mereka dengan ALLAH s.w.t.
5. Melihat & memerhati & memahami bagaimana
kehebatan seorang anak muda berusia 19 tahun menawan sebuah kota yang dikuasai
oleh satu kuasa besar. Subhanallah.
Anak muda zaman kini, pada usia 20 tahun, apa jasamu pada
agama? Fikir-fikirkan & ayuh bangkit!!
6. Melihat impak besar yang dilakukan pemimpin
terhadap rakyat.
Kini, sejarah al-Fateh tinggal kenangan. Turki moden
sudah jauh dipengaruhi oleh kuasa Barat apabila seorang pelaknat agama,
Mustapha Kamal Ataturk menguasai negara ini. Negara yang dahulunya menjadi
rujukan negara-negara Islam seluruh dunia kini tinggal sejarah. Namun
alhamdulillah kehadiran seorang pejuang agama, Ali Adnan Ertekin Menderes telah
banyak mengubah semula Turki menjadi sebuah negara Islam semula. Sedikit kisah
mengenai beliau:
·Dilahirkan di Aydin pada tahun 1899
·Meninggal di Imrali pada 17 September 1961 (semasa usia 62 tahun)
·Seorang negarawan Turki dan pimpinan pertama yang dipilih
secara demokratis dalam sejarah Turki. Ia menjawat jawatan Perdana Menteri
Turki antara tahun 1950–1960.
·Pengasas Parti Demokrat pada tahun 1946, parti oposisi
rasmi ke-4 di Turki.
Pada suatu hari, beliau menaiki sebuah pesawat. Semasa di
angkasa, salah satu mesin pesawat mati. Pilot pesawat mengumumkan keadaan
emergency. Menderes bersumpah, jika ALLAH selamatkan dirinya, beliau berjanji
untuk mengembalikan kejayaan Islam di Turki. Akhirnya pesawat pun terbakar.
Satu-satunya penumpang yang selamat, hanya dirinya. Allahu a’lam.
Jadi, beliau melunaskan nazarnya itu. Beliaulah orang
yang pertama kali mengembalikan azan ke dalam bahasa Arab, dimana sejak lama
diubah oleh Kamal Attaturk ke dalam bahasa Turki.
Pada tahun 1950 beliau menjadi calon untuk pilihanraya
Turki mewakili Parti Demokrat. Amerika pada masa itu mensasarkan bahawa
Menderes akan kalah dengan manifesto-manifesto yang dibawanya. Antara kempen
Menderes ialah:
- Azan dikembalikan ke dalam bahasa Arab.
- Ibadah haji diizinkan.
- Pembukaan kembali sekolah-sekolah agama (Islam) dan
pengajaran agama di sekolah-sekolah umum.
- Membatalkan dasar yang melarang hijab bagi Muslimah.
Dan hasilnya sangat mengejutkan! Parti Attaruk menurun 32
kerusi. Manakala Parti Demokrat meraih 318 kerusi. Adnan Menderes dipilih
menjadi PM Turki.
Semenjak dilantik menjadi PM, Menderes memenuhi
janji-janji di dalam manifesto. Pelantikannya bertepatan dengan awal Ramadhan
dan dalam masa yang sama, Menderes mengisytiharkankan azan dengan bahasa Arab,
kebebasan berpakaian untuk muslimah, pengajaran di masjid-masjid, dan
dibolehkan memakmurkan masjid.
Pada pilihanraya 1954, parti Attatruk sekali lagi menurun
secara drastik hingga tinggal 24 kerusi. Pada masa yang sama, Menderes
mengizinkan peraturan yang membolehkan pengajaran Bahasa Arab, pengajaran Al-Qur’an
di seluruh sekolah menengah, membangunkan 10,000 masjid dan 22 maahad Islam di
Anatolia, dalam rangka akselerasi program para khatib, da’i, dan guru-guru
Al-Qur’an. Menderes juga megizinkan penerbitan buku-buku Islam,
majalah-majalah, atau lebaran yang menyeru agar kembali berpegang teguh dengan
ajaran Islam. Selain itu, Menderes mengaktifkan kembali masjid-masjid yang
dijadikan gudang-gudang untuk kembali menjadi tempat ibadah dan membuka 25
madrasah tahfiz Al-Qur’an.
Menderes mulai aktif menjalin hubungan dengan Dunia Arab
melawan Israel. Antaranya, melaksanakan aturan ketat untuk setiap kargo yang
masuk dari Israel sama ada kargo ubat-ubatan atau barang yang 'Made in Israel'.
Malah Menderes pernah mengusir Duta Israel di Turki tahun 1956.
Arus Islamisasi yang begitu deras, membuat golongan anti
Islam di Turki kepanasan. Didalangi oleh para jeneral dari zaman Kamal Attaturk
yg banyak menikmati huluran dollar dari Israel, Jeneral Kamal Joe Russel
menangkap dan menghukum gantung Menderes.
Sebab-sebab Menderes dihukum gantung telah ditulis oleh
seorang wartawan bernama Sami Kohen, "Penyebab hukuman mati Menderes
adalah kebijakkan politiknya yang teramat dekat dengan dunia Islam, sebaliknya
dingin dan kaku dengan Israel. Selain itu, kunjungan terakhirnya ke beberapa
negara Teluk, yang kemudian dilanjutkan beribadah haji menjadi sebab kemarahan
militer tentera Turki."
Dengan izin Allah, Menderes syahid di tali gantung
Seorang Adnan Menderes, hanya dalam 10 tahun
perjuangannya, sekolah-sekolah Islam yang dibukanya, lembaga-lembaga tahfiz
yang telah digerakkan, masjid-masjid yang dibangunkan, azan dikembalikan ke
dalam bahasa Arab ternyata membuahkan hasil semenjak tahun 1996 dengan
kemunculan Necmettin Erbakan dan sehingga penghujung tahun 2006. Benih-benih
dakwah Menderes muncul seperti Abdullah Gull, Recep Tayip Erdogan, dan generasi
terbaik Turki saat ini.
Tak ramai yang mengenal dan pernah dengar tentang Adnan
Menderes di dalam dunia Islam. Mungkin sebab Menderes tak pandai mengarang
buku-buku, hingga tiada yang menggelarnya 'Allamah Mujtahid Mutlaq Syaikh.'
Tetapi pengorbanannya menjadi teladan bagi generasi muda Turki, sejajar dengan
Imam Syahid Hasan Al-Banna, Sayyid Qutb, Raja Faisal dan lain-lain lagi. [Rujukan: FB Sadiqah Desa]
7. Dapat melihat bagaimana kesan kejatuhan Islam
kepada pemuda
Semasa ziarah kami di Turki, kebetulan ada sekumpulan
remaja melakukan demostrasi menentang kerajaan kerana kerajaan akan mengehadkan
penjualan arak di dalam negara ini. Golongan yang menentang ini merupakan
pemuda Islam. Lihat! Betapa rosaknya akhlak & aqidah para pemuda ini
sedangkan sudah terang lagi bersuluh pengharaman arak di dalam al-Quran. Ini
semua berpunca daripada idea Atatturk yang menghalalkan segala yang haram di
Bumi Turki ini. Sampai kini kesannya kita dapat lihat. Belum bercakap isu
pakaian remaja mereka. Lebih kurang sahaja seperti para remaja di Malaysia.
Bangkitlah wahai pemuda Islam! Klau bukan SEKARANG, bila lagi & kalau bukan
KITA siapa lagi?
8. Dapat menikmati makanan mereka yang sangat
berkhasiat & langsung tidak berminyak.
Lihatlah apa yang kami makan di sana. Boleh kurus sebulan
kami di sana.
9. Menambah ilmu pengetahuan & pengalaman
Terdapat ayat Quran yang minta kita bermusafir.
قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِكُمْ سُنَنٌ فَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ
كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ (137) هَذَا بَيَانٌ لِلنَّاسِ وَهُدًى وَمَوْعِظَةٌ
لِلْمُتَّقِينَ (138)
Maksudnya: “Sesungguhnya
Telah berlalu sebelum kamu sunnah-sunnah Allah [yang dimaksud dengan sunnah Allah
di sini ialah hukuman-hukuman Allah yang berupa malapetaka, bencana yang
ditimpakan kepada orang-orang yang mendustakan rasul]; Kerana itu berjalanlah
kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang
mendustakan (rasul-rasul).
(Al Quran) Ini adalah penerangan bagi seluruh
manusia, dan petunjuk serta pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa. [Aali ‘Imran:
137-138]
10. Lihat kehebatan ALLAH mencipta makhluknya yg
sangat cantik
أَوَلَمْ يَرَوْا كَيْفَ يُبْدِئُ اللَّهُ الْخَلْقَ ثُمَّ يُعِيدُهُ إِنَّ ذَلِكَ
عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ (19) قُلْ سِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ بَدَأَ الْخَلْقَ
ثُمَّ اللَّهُ يُنْشِئُ النَّشْأَةَ الْآَخِرَةَ إِنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ
قَدِيرٌ (20)
Maksudnya:
“Dan apakah mereka tidak memperhatikan bagaimana Allah menciptakan (manusia)
dari permulaannya, Kemudian mengulanginya (kembali). Sesungguhnya yang demikian
itu adalah mudah bagi Allah.
Katakanlah:
"Berjalanlah di (muka) bumi, Maka perhatikanlah bagaimana Allah
menciptakan (manusia) dari permulaannya, Kemudian Allah menjadikannya sekali
lagi [Allah membangkitkan manusia sesudah mati kelak di akhirat] Sesungguhnya
Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.”
[Al-Ankabut 19-20].
Wallahualam. Segala yang baik datang daripada ALLAH &
segala yang kurang dari diri yg banyak kelemahan ini. Moga bermanfaat &
diredhaiNYA, Ameen.
Catatan Penuh rehlah;
Kembara Ilmu
M'cari RedhaNya @ Istanbul, Turki.
Bismillah, dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang. Moga ALLAH redha. Alhamdulillah atas segala ni'matMu.
Bermula hari ini 26 Mei 2013 sehingga 30 Mei 2013 (4 hari
3 mlm), kembaraku b'sama keluarga ke Bumi al-Fateh, Kota Constantinople.
Sabda Rasulullah s.a.w: 'Kota Constantinople pasti akan
ditawan oleh seorang pemimpin, dialah sebaik-baik pemimpin & tenteranya
sebaik-sebaik tentera'.
26/5/2013, (Ahad)
Semua ahli rombongan seramai 40 orang yang kebanyakkannya
dari Kelantan dan Selangor mengikuti rombongan ini di bawah kelolaan Syarikat
Ash-Har Travel Sdn. Bhd mula berkumpul di KLIA ditemani dengan keluarga
masing-masing seawal jam 4 petang (waktu Malaysia).
Rombongan ini diketuai oleh Dr. Abdul Basit Abdul Rahman,
seorang yang kaya dengan ilmu Sirah Islam & dibantu oleh abg Saiful yang
banyak pengalaman dalam dunia travelling. Check-in jam 7 malam & flight
akan bertolak jam 8.30 mlm.
Berada dalam flight selama 6 jam dan alhamdulillah
selamat tiba di Abu Dhabi International Airport jam 11.05 malam (waktu Dubai)
untuk transit semalaman. Kami bermalam di Hotel Radisson, Dubai. Alhamdulillah
hotel bertaraf 5 bintang & sangat mewah, 2 orang sebilik. Namun, sedikit
sedih sebab tak berkelapangan berkunjung ke bandar yang penuh dengan cahaya
ini. Hanya ni je kenangan kami di Dubai. Cantik pemandangannya dari dalam bilik
hotel kami. Subhanallah!
27/5/2013, (Isnin)
Pagi ini jam 9.30 pg (waktu Dubai), 1.30 petang (waktu
Malaysia) bertolak ke Istanbul, Turki menaiki Etihad Airlines. Jarak masa
perjalanan antara Dubai ke Turki selama 4 jam 10 minit. Setibanya di Istanbul
Ataturk Airport, Turki tepat jam 1.40 petang (waktu Turki) di sambut oleh tour
guide kami, Mr. Burak. Subhanallah, cuaca nampak panas tapi udaranya sangat
nyaman. Rupa-rupanya suhu sekarang 21 degree celcius.
Kami dibawa menaiki bas pelancong untuk lunch. Dalam bas,
Burak petah memperkenalkan Istanbul kepada kami.
Istanbul bukanlah
ibu negeri Turki tapi Istanbul adalah bandar yang paling membangun & maju
berbanding ibu negerinya, Ankara. Turki merupakan negara yang sangat special
kerana negara ini merupakan satu-satunya negara yang terdiri daripada 2 benua,
Benua Eropah & Benua Asia. Bahagian benua Eropah lebih membangun dengan
perniagaan manakala bahagian benua Asia lebih kepada penempatan penduduk Turki.
Bosphorus merupakan tempat yang menghubungkan Laut Hitam & Laut Marmara
serta yg memisahkan 2 benua ini.
Semasa pemerintahan Rom dahulu kala, ia dikenali sbg Kota
Constatinople. Namun apabila ia ditawan
oleh al-Fateh, namanya di tukar menjadi Islambul yang bermaksud bandar Islam
dan lama-kelamaan namanya bertukar menjadi Istanbul.
Istanbul merupakan salah satu bandar yang paling besar
& paling sibuk di benua Eropah. Penduduk yang tinggal di bandar ini sahaja
sudah seramai 16 juta penduduk dan seramai lebih kurang 2 juta pelancong yg
datang ke bandar ini pada setiap tahun termasuklah kami hari ini :) Bandar yang
penuh dengan sejarah & sangat cantik. Penuh dengan bukit bukau & lautan
yg indah.
Bas memberhentikan kami di suatu tempat. Kata Burak, kami
perlu menaiki bukit untuk ke restoran. Penat juga menaiki bukit tapi disebabkan
rasa excited, kami x kisah. Sekeliling kami penuh dengan bangunan-bangunan lama
yang kini dijadikan deretan kedai menjual pelbagai cenderahati & makanan.
Setibanya kami di Restoran Tamara, kami
dihidangkan dengan makanan Turki yg berkhasiat. Di Turki, mereka akan
menghidangkan kepada kami 3 kali hidangan. Hidangan pertama ala-ala pembuka
selera seperti roti @ salad @ sup, hidangan ke-2 makanan berat seperti nasi
& ikan @ daging dan hidangan ke-3 pencuci mulut seperti buah-buahan @
aiskrim.
Next journey to the first historical place, Blue
Mosque.
Masjid yang paling besar & indah di Istanbul. Juga
dikenali sebagai Masjid Sultan Ahmet. Dibina pd tahun 1609-1616. Masjid yang
mempunyai 6 menara. Betapa hebatnya masjid ini pada zaman Sultan Ahmet, di
dalamnya ada sekolah, hospital, Arasta Bazaar, madrasah, makam & air pancut
awam. Namun sayang kerana hospital telah musnah pada abad ke-19. Bayangkan
betapa besarnya masjid ini :)
Walaupun sudah banyak masjid dibina di Turki namun tetap
x dapat menandingi kehebatan & keindahan dekorasi masjid ini. Betapa cantik
masjid ini. Terdapat 5 pintu masuk yg dibuka di halaman luar masjid ini. Di
setiap pintu tersebut, terdapat rantai yang tergantung. Dikatakan pada zaman
dulu, Sultan datang ke masjid ini dengan menunggang kuda & akan mengikat
kudanya di sini & masuk ke msjd bersama-sama dengan orang awam. Betapa
tawadu'nya seorang khalifah.
Air pancut untuk wuduk berada di trngah-tengah halaman
masjid ini. Terdapat 260 tingkap di dalam masjid ini.
Mengapa nama masjid ini Masjid Biru? Disebabkan oleh tile
dan dekorasi dalam masjid ini yang kebanyakkannya berwarna biru. Tapi sekarang
tile dah tukar warna merah. Guna karpet dah sekarang.
Selepas selesai solat zohor di Masjid Biru, kami
meneruskan perjalanan ke tempat bersejarah yang ke-2, Topkapi Palace,
tempat bersejarah yang paling terkenal di Turki. Ia berada di hadapan Masjid
Biru, belakang Aya Sophia. Hanya perlu berjalan beberapa meter sahaja.
Tempat ini merupakan pusat pemerintahan hampir 400 tahun
semasa pemerintahan Khalifah Uthmaniyyah & merupakan salah satu empayar
terbesar di dunia. Namun apabila Mustafa Kamal Ataturk menjatuhkan pemerintahan
khilafah, tempat ini dijadikan muzium. Hampir 2.5 juta pelancong datang ke sini
setiap tahun.
Selepas penaklukan Kota Constantinople oleh Sultan Mehmet
al-Fateh pada tahun 1453, tempat ini mula dibina sebagai pusat pemerintahan.
Tempat ini diberi nama Topkapi disebabkan oleh meriam-meriam besar yang berada
di luar pintu utama istana ini. Istana ini dikelilingi dinding seluas 5
kilometer. Luas kan? Terdapat 28 menara di dalam istana ini. Pada zaman
pemerintahan dahulu kala, 5,000 orang akan mengunjungi istana ini dari seluruh
negara.
Namun, kebanyakkan bangunan istana ini telah musnah dalam
kebakaran besar & gempa bumi pada abad 16 & 17.
3 pintu utama perlu dimasuki sebelum sampai ke dalam
istana. Pintu Utama 1 juga dikenali sebagai Bab Humayun Door. Apabila
kita memasuki pintu ini, kita dapat melihat kecantikan & keluasan halaman
istana yang sangat indah. Rumput yang menghijau & bunga-bunga yang cantik
menghiasi laman istana.
Kemudian, kita akan masuk ke pintu utama yang ke-2, BabusSalam.
Pintu ini telah dibina oleh Sultan Mehmet II (al-Fateh). Pintu ini juga
dikenali sebagai Central Door. Bermulalah pengembaraan kita di dalam muzium
istana ini.
Menara pertama di sebelah kiri pintu utama merupakan
penjara bagi hamba high-level yang melakukan jenayah semasa zaman Uthmaniyyah.
Dikatakan pemancung akan membasuh pedangnya selepas hukuman pancung dijalankan
di air pancut depan pintu masuk. Selepas kita memasuki pintu BabusSalam, kita
akan melihat taman seluas 130 meter.
Apabila Sultan berada di dalam istana, adalah dilarang
utk bercakap di dalam halaman kedua istana ini walaupun halaman ini dibuka
kepada org luar yang mengunjungi dapur istana.
Di sebelah kanan halaman istana, terdapat Palace
Kitchen. Hampir 1,200 orang yang bekerja di dapur ini. Pada setiap hari,
dapur ini akan menyediakan 20,000 hidangan untuk kerabat diraja.
Pintu yang ketiga dikenali sebagai BabusSaded @
Akaghalar Door. Pintu ketiga terbesar di dalam istana ini. Maka, kita memasuki
halaman ketiga istana. Di sebelah kiri terdapat reception hall di mana
keputusan Mesyuarat oleh Sultan & duta-duta dari seluruh negara Islam. Di
sebelah kanan halaman pula terdapat sekolah istana. Namun sekarang digunakan
sebagai pejabat pengurusan muzium.
Di dalam istana ini juga terdapat Imperial Treasury
yang menempatkan pelbagai khazanah seluruh dunia Islam. Terdapat 4 bilik di
tempat ini. Bilik pertama menempatkan takhta milik Sultan Murat IV, lilin &
paip air emas, gold dinner sets, senjata dihiasi permata, tongkat dihiasi
permata berharga pemberian German Emperor Wilhelm II & jubah Sultan Mehmed
al-Fateh.
Bilik kedua menempatkan takhta Sultan Ahmet I abad ke-17
& the famous Topkapi Dagger (Pisau Topkapi) yang telah dihantar kepada
Sultan Parsi, Sultan Nadir oleh Sultan Mahmud I. Namun apabila dalam perjalanan
mereka mendapat berita Sultan mangkat, jadi hadiah ini dipulangkan ke istana
ini semula.
Bilik ketiga pula menempatkan Sudu yang diperbuat
daripada emas @ dikenali sebagai Spoon Makers Diamond, lilin emas untuk makam
Rasulullah & takhta emas pemerintah Mesir, Ibrahim Pasha yang dihantar ke
Sultan Murat III pada abad ke-16.
Bilik keempat menempatkan takhta emas dihiasi 25,000
mutiara yang dihantar ke Sultan Mahmud I oleh Nadir Shah & beberapa
khazanah daripada seluruh dunia.
Selain daripada itu, terdapat Holy Relics yang
bermaksud Peninggalan Suci di dalam istana ini. Selepas Sultan Salim menguasai
Mesir, beliau mendapat gelaran khalifah yang bermaksud ketua untuk semua negara
Islam di dunia dan membawa semua peninggalan suci Rasulullah ke Istanbul. Jadi,
kami dapat melihat pedang baginda s.a.w & para sahabat seperti pedang
Khulafah Ar-Rasyidin, Zubair al-Awwam, Khalid al-Walid & beberapa orang
lagi sahabat, tapak kaki Rasulullah s.a.w, janggut baginda s.a.w, jubah anak
baginda, Saidatina Fatimah & cucu baginda s.a.w, Saidina Husin. Selain itu
ada juga tongkat Nabi Musa a.s & serban Nabi Ibrahim a.s. Subhanallah,
sangat-sangat teruja. Satu lagi ada seorang hafiz sedang mengalunkan bacaan
al-Quran. Subhanallah, bacaannya sangat merdu. Pada mula kami ingatkan sekadar
rekod namun rupanya real.
Selain itu, di dalam istana ini ada satu library
yang menempatkan 4000 manuskrip. Sedihnya kami tidak berpeluang memasuki
library sebab tengah construction.
Jam menunjukkan pukul 6.15 petang. Istana ini akan di
tutup jam 6.30 petang, jadi kami antara pengunjung paling akhir. Waktu dah
petang tapi hari masih cerah. Rupa-rupanya maghrib di sini jam 8.30 malam &
Isya' jam 10 malam tapi subuhnya awal jam 3.00 pagi. Lepas ni kami akan pergi
dinner & balik ke Hotel Abel untuk berehat selepas sehari suntuk berjalan.
28/5/2013, (Selasa)
Pagi ini selepas breakfast cereal & buah-buahan tadi,
ada majlis taaruf. Kami la ahli famili paling ramai. 7 orang. Gembira dapat
kenal dengan semua walaupun masih x ingat lagi nama semua. Xde yang sama umur
dengan saya. Xpe yang penting jauh perjalanan, luas pandangan.
Hari ni kami menaiki feri menyeberangi Selat Bosphorus
yang menghubungkan Laut Hitam & Laut Marmara tapi memisahkan 2 benua.
Hebat kan? Betapa cantik ciptaan ALLAH. Sebab itu ALLAH minta kita bermusafir
supaya dapat melihat kebesaran ALLAH & meningkatkan lagi keimanan kita.
Istanbul ni memang betul-betuk sibuk tak kira di laut dengan kapal-kapalnya, di
udara dengan helikopter & kapal terbang juga di daratan yang tak habis-habis
dengan jammed.
Next, kami ke Spice Market. Jom kita beli Turkish
Delight. Best ke? Kita cuba dulu. Tak sangka rakyat di Turki ni sangat kenal
Malaysia, Kuala Lumpur. Wah! Bagus2. Boleh cakap Melayu sikit-sikit. Spice
Market ni sebenarnya dulu masa zaman Byzantine, merupakan pusat dagangan.
Banyak rempah-ratus dari Mesir dijual di sini. Juga dikenali sebagai Egyptian
Bazaar. Mula dibuka pada tahun 1660. Hampir 80 kedai ada di sini. Berbentuk L
dan ada 6 pintu masuk. Antara yg menarik di sini, ada pelbagai jenis teh. Teh
diabetes, darah tinggi, sakit perut, teh cinta pun ada. 1001 teh la ada kat
sini. Subhanallah, hebat kan? :) Cheese kat sini pn besar-besar.
Next kami lunch di Restoran Neptune Balik.
Balik dalam bahasa Turki bermaksud ikan.
Kemudian kami zohor di Masjid Little Aya Sophia.
Bentuk masjid kat sini lebih kurang je. Tak banyak beza.
Tiba masa ke tempat yang dinanti-nantikan, Hagia
Sophia @ Ayasofya. Satu bangunan yang menjadi perebutan antara 2 agama
iaitu Islam & Kristian. Sejarahnya yang sangat menarik. Ayasofya yang
bermaksud Holy Wisdom yang merupakan gereja & tempat yang paling suci pada
zaman Byzantine. Ayasofya telah dijadikan gereja selama 916 tahun sejak
pembinaannya pada tahun 537 sehinggalah Istanbul ditawan. Pada tahun 1934,
orang Islam diketuai al-Fateh berjaya menjadikan Ayasofya sebagai masjid selama
481 tahun. Namun sejak pemerintahan at-Attaturk, pada Februari 1935 dia
mengumumkan Ayasofya sebagai muzium. Moga suatu hari nanti, Ayasofya dapat
dijadikan sebagai masjid semula, ameen.
Kali pertama dibina namun telah musnah dalam kebakaran
akibat huru-hara yg berlaku. Kemudian dibina semula namun perkara sama berlaku
apabila bangunan asal musnah dalam huru-hara Nike Riot berlaku. Dibina sekali
lagi & gereja tersebut kekal sehingga zaman al-Fateh. Beliau berjaya
menukar gereja ini menjadi masjid pada hari selasa & hari jumaat yg pertama
(3/6/1453) terus Solat Jumaat pertama di lakukan secara rasmi di masjid ini.
Betapa hebat & beraninya beliau, subhanallah. Masih adakah pemimpin &
pemuda sebegini? Mantap Ibadah, Mantap Iman, Mantap Kepimpinan. Berjaya menawan
Kota Constantinople pada usia 19 tahun. Sangat layak digelar sebagai
sebaik-sebaik pemimpin.
Apabila Ayasofya berjaya dijadikan masjid, semua berhala
dikeluarkan namun al-Fateh meninggalkan satu lukisan yang paling besar dan
paling utama.
Bayangkan masjid yang ada nama ALLAH & Rasulullah
& masa yang sama juga ada lukisan al-Masih. Antara yang menarik juga dlm
Ayasofya, ada suatu tempat di mana tempat Sultan beribadat. Nak buktikan betapa
kuatnya hubungan pemerintah seperti Sultan Mehmed al-Fatih dengan ALLAH. Sebab
itu beliau tak rasa hebat sebab beliau sedar ada yang lagi hebat yang
menguasainya. Subhanallah.
Untuk masuk ke tempat bersejarah macam ni kena ada tiket.
Selepas keluar daripa Ayasofya, sempat kami singgah di kedai aiskrim main-main
kat depan Ayasofya. Main-main betul orang yang jual aiskrim tu masa nak letak
aiskrim dalam kon. Adoiii!!
Next, kami ke Grand Bazaar di mana tempat
membeli-belah yang terbesar di Istanbul. Kira-kira 4000 gerai ada di sini yang
menjual pelbagai hiasan, cenderahati, Turkish Delight, pakaian, pashmina,
makanan & banyak lagi.
Lepas ni kami akan ke Restoran Golden Horn untuk
dinner. Golden Horn merupakan kawasan di mana tentera al-Fateh mengangkut
kapal-kapal mereka menaiki bukit dalam satu malam. Suatu kerja di luar akal
logik kita. Kekuatan dalaman (iman) mereka mempengaruhi kekuatan luaran mereka.
Tiada yang mustahil dengan izin ALLAH.
29/6/2013, (Rabu)
Pengisian dari Ust. Dr. Abdul Basit:
Selepas zaman Khulafah ar-Rasyidin, pemerintahan Islam
diteruskan oleh pemerintahan zaman Umayyah berpusat di Damsyik, Syria. Kemudian
bertukar ke pemerintahan zaman Abbasiyyah berpusat di Baghdad, Iraq &
kemudian bertukar kepada zaman Turki Uthmaniyyah berpusat di Turki, Topkapi
Palace (tempat yg kami ziarah smlm). Sebagaimana yang kita tahu, sistem
khilafah telah dijatuhkan oleh seorang pelaknat agama iaitu Mustapha Kamal
At-Attaturk pada tahun 1924 yang merasakan dirinya hebat namun kuasa ALLAH jauh
lebih hebat & Maha Hebat. Sehingga kini mayatnya tidak diterima bumi.
Kisah al-Fateh
Sebenarnya sudah terlalu ramai pemimpin @ khalifah yang
cuba untuk mengejar gelaran sebaik-baik pemimpin seperti yang disebut oleh
Rasulullah. Termasuklah Sultan Murad II iaitu ayah kepada Sultan Mehmet II atau
lebih dikenali sebagai al-Fateh. Al-Fateh merupakan seorang kanak-kanak yang
nakal seperti kanak-kanak lain. Ayahnya berharap agar anaknya ini dapat membuka
Kota Constantinople. Jadi, sejak kecil lagi ayahnya menanam semangat tersebut
ke dalam diri anaknya ini.
Sultan Murad II melantik seorang guru untuk mendidik
anaknya ini. Pada suatu hari, gurunya merotan al-Fateh tanpa sebab. Beliau
tidak puas hati & berasa marah. Al-Fateh berdendam dengan gurunya ini &
cuba utk membuktikan bahawa dia seorang yg tidak patut dirotan tanpa sebab.
Beliau mula membulat tekad untuk merealisasikan hasrat ayahnya iaitu untuk
menawan Kota Constantinople daripada Rom, satu kuasa besar semasa zaman itu.
Mengapa Islam terlalu inginkan Kota Constantinople ini? Seperti yang kita tahu
bahawa Kota Constantinople ini merupakan penghubung antara 2 benua. Andai
berjaya menakluk kota ini, maka kita mampu untuk menguasai 2/3 dunia &
menjadi sebuah kuasa besar.
Kota Constantinople telah membina pertahanan yang kuat
iaitu parit sedalam 10 meter & 2 tembok besar yang menghalang drpd
mana-mana kapal menembusi pertahanan tersebut. Al-Fateh mengarahkan semua
tenteranya bersama-sama berpuasa untuk memohon pertolongan ALLAH memecahkan
tembok tersebut namun gagal. Dalam tempoh sebulan kota ini dikepung namun masih
tidak dapat menempuh halangan pertahanan yang dibina oleh pihak Rom. Betapa
kuatnya pertahanan mereka. Setiap malam, wajib semua tentera al-Fateh
bermunajat & bertahajjud kepada ALLAH mohon pertolongan. Bukan mudah untuk
menang.
Suatu hari, Al-Fateh bertemu dengan engineer yang hebat
& dapat membina sebuah meriam untuk pecahkan tembok pihak Rom.
Disebabkan al-Fateh seorang yang sangat bijak &
berstrategi, beliau mengeluarkan satu idea yang luar biasa. Walaupun idea
beliau agak keterlaluan & sukar untuk di terima akal, namun itulah idea
yang terbaik. Beliau mengarahkan semua tenteranya mengangkut kapal-kapal mereka
menaiki bukit untuk menyerang dari arah belakang kota. Di sana, pihak Rom tidak
meletakkan pertahanan yang kuat kerana bagi mereka mustahil tentera Islam akan
menyerang mereka dari sana. Namun, kuasa ALLAH mengatasi segalanya. Mereka
berjaya menawan Kota Constantinople sehingga tewas Tentera Rom. Dalam
peperangan ini, seramai 200000 tentera Islam syahid & disalib oleh Tentera
Rom. Mereka menyalib tentera Islam untuk melemahkan semangat &
menakut-nakutkan tentera Islam namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Tentera Islam menjadi lebih bersemangat untuk menuntut bela ke atas sahabat-sahabat
mereka yang telah syahid. Tentera Islam tidak takut dengan kematian berbeza dgn
tentera kuffar.
Selepas kemenangan, ramai paderi yang lari bersembunyi ke
dalam gereja. Mereka takut & bimbang mereka akan dikerjakan oleh tentera
Islam seperti yang dilakukan oleh mereka kepada tentera Islam sebelum ini.
Namun, hati pemimpin terbaik ini bukanlah yang jenis membalas dendam. Jadi,
Sultan Mehmet II (Al-Fateh) mengumumkan perdamaian dengan Kristian. Maka
ramailah paderi yang keluar & mengisytiharkan keislaman mereka.
Alhamdulillah. Betapa berhikmahnya al-Fateh, subhanallah :)
Al-Fateh bertemu semula dengan gurunya & bertanya
mengapa dia pernah dirotan tanpa sebab. Lalu gurunya menjelaskan alasan yang
sebenar. Gurunya ingin beliau merasa penderitaan orang yang dizalimi. Betapa
sakit & pedihnya seorang yang dizalimi. Disebabkan rotan itulah al-Fateh
bersemangat untuk menegakkan pendirian yang dia tidak bersalah & tiada
alasan yang membolehkan gurunya merotannya. Baru al-Fateh faham mengapa gurunya
melakukan tindakan tersebut ke atasnya. Jadilah dia seorang pemimpin yang tidak
pernah zalim pada rakyatnya & sentiasa menegakkan yang hak & adil.
Panjang lebar pengisian ustaz pagi ni sementara menunggu
bas kami tiba di Hotel untuk menjemput kami. Alhamdulillah dapat merasai
kehebatan seorang pemimpin, sebaik-baik pemimpin seperti yang disebut dalam
hadith Rasulullah s.a.w.
Kebetulan pagi ni kami akan berziarah ke Masjid
al-Fateh, iaitu masjid pertama yang dibina oleh beliau selepas
kemenangan penaklukan Kota Constantinople. Tapak masjid ini adalah bekas tapak
gereja St. Apostoli. Masjid ini merupakan masjid kedua terbesar di Istanbul
selepas Masjid Sulaiman. Masjid ini pernah musnah dalam gempa bumi besar yang
berlaku pada tahun 1766 & dibina semula sehingga tahun 1771. Di dalam
halaman masjid ini terdapat air pancut sebagai minuman.
Di sebelah masjid ini terdapat University al-Fateh iaitu
universiti pertama yang dibina selepas penaklukan Kota Constantinople. Di
dalamnya terdapat banyak madrasah, pepustakaan, sekolah rendah, penubuhan
kebajikan, rumah memasak & hospital. Namun, kami tidak dapat masuk ke dalam
kerana sedang dibaik pulih. Jadi, tengok dari luar je.
Next, kami gerak ke belakang masjid. Rupa-rupanya maqam
al-Fateh di sini. Kebetulan hari ni merupakan ulang tahun pembebasan Kota
Constantinople daripada Kerajaan Rom yang ke 560 tahun. Ramai betul orang di
sini. Subhanallah. Berasak-asak berebut nak masuk dalam bangunan yang kecil ini
sebab maqam ni diletakkan dalam bangunan. Disebabkan terlalu ramai &
terlalu sesak di dalam bangunan, semasa saya baru nak masuk, tetiba polis yang
jadi penjaga bangunan ni tak bagi dah kami masuk. Jadi, kami tak dapat masuk: Sedihnya. Dah la datang dari jauh. Tengok dari
luar juga maqam al-Fateh.
Selepas itu kami menaiki bas menuju ke Masjid Abu
Ayyub al-Ansari, salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w.
Siapakah gerangan Abu Ayyub ni? Haaa, ingat tak semasa
hijrah Nabi s.a.w ke Madinah, rumah beliau la yg Rasulullah tinggal semasa
mula-mula Rasulullah sampai di Madinah. Ketika ramai orang Islam berebut
mengajak Rasulullah menginap di rumah mereka semasa p'hijrahan Nabi s.a.w, Abu
Ayyub mengheret unta Rasulullah sehingga di depan rumahnya. Lalu Rasulullah
bersabda, org yg bermusafir mengikut barangannya. Maksudnya di mana unta &
barang Rasulullah berhenti, di situlah Rasulullah akan menginap. Jadi, rumah
beliaulah pilihan Nabi s.a.w.
Abu Ayyub al-Ansari @ nama sebenarnya Zaid bin Khalid.
Seorang yang bercita-cita tinggi untuk menawan Kota Constantinople. Sanggup
berhijrah dari Madinah ke Constantinople & akhirnya tiba di sini pada usia
80 tahun. Betapa bersemangatnya pejuang Islam ini. Wasiatnya sebelum meninggal
dunia, jenazahnya dikebumikan sehampir mungkin dengan Kota Constantinople.
Semasa peperangan berlaku antara tentera Islam & tentera
Rom merebut kota ini, 2 hari sebelum pelancaran serangan terhadap tentera Rom,
semua tentera Islam diwajibkan berpuasa. Kekuatan rohani sangat kuat dalam diri
mereka. Subhanallah. Dalam tempoh ini juga, para khatib di semua masjid
dikehendaki menyuntik semangat para mujahideen dari kisah Abu Ayyub al-Ansari
yg mempunyai semangat yang kental bermusafir dari jauh semata-mata untuk
membebaskan kota ini & ingin menjadi pemimpin & tentera yang
terbaik.
Kami zohor di sini namun sebelum itu kami sempat singgah
menziarahi maqam beliau di hadapan masjid. Kemudian kami terus bertolak ke
tempat seterusnya iaitu Muzium Tentera. Muzium ini telah dibina
sejak tahun 1959. Di dalamnya terdapat pelbagai jenis senjata, helmet, uniform
& peralatan yg digunakan tentera Turki sejak abad ke-12 sehingga perang
Korea. Terdapat juga banyak lukisan yg menggambarkan & menceritakan keadaan
peperangan yang berlaku suatu ketika dahulu di Turki & pelbagai jenis
bendera, medal & senjata yang dirampas daripada pihak musuh mereka.
Sebenarnya niat kami pergi ke Muzium ini untuk melihat
sejarah sebenar Kota Constantinople tapi muzium ini lebih menceritakan mengenai
pemerintah mereka iaitu Mustapha Kamal Attaturk. Sehinggakan disediakan satu
bilik yg menceritakan sejarah hidupnya sedangkan utk al-Fateh sekadar ruangan
biasa. Kami melihat kesan-kesan sejarah Turki daripada muzium ini.
Tempat lawatan kami yang terakhir di Istanbul ini ialah Taksim
Square. Tempat ni terletak di penghujung Istiklal Street iaitu salah
satu pusat membeli-belah yang paling sibuk di Istanbul. Dinamakan Taksim
sempena nama sebuah bangunan yang menyalurkan air ke beberapa daerah suatu masa
dahulu.
Di tengah-tengah Taksim Square, anda akan melihat Monumen
Republik setinggi 12 meter yang telah di bina pada 1928 oleh seorang
arkitek Itali. Monumen ini sebagai simbol Independence War & asas Republik
ini. Terdapat sebuah bangunan yang besar di sekitar tempat ini yg telah dibina
pada 1950 iaitu Pusat Kebudayaan Atatturk. Bangunan ini telah dibina semula
selepas kebakaran yg berlaku pada tahun 1970. Terdapat konsert, dewan pameran
& panggung wayang di dalam bangunan ini. Selain itu, terdapat juga sebuah
hotel bertaraf 5 bintang iaitu The Marmara Hotel di sekitar tempat ini. Ada
sebuah taman yang cantik di sebelah square ini yg dinamakan Taksim Trip. Di
bahagian sebelah kiri Istiklal Street terdapat St. Trias Church yang telah
dibina sejak tahhun 1880 dan masih kekal sehingga sekarang. Jika anda melalui
Istiklal Street anda akan melihat jalan utk Taksin Tunnel yang
menjadi pengangkutan utk rakyat di sini bergerak ke tempat lain. Sangat menarik
& seperti biasa rakyat Malaysia sangat terkenal. Ada seorang rakyat Amerika
yg belajar di Malaysia menegur kami di tengah-tengah kesibukkan Istiklal
Street. Tinggi orangnya. Ni gambarnya:
Jam sudah menunjukkan jam 6.00 petang dan perut kami pun
semakin lapar. Kami telah dibawa ke sebuah restoran kebab untuk merasai
kelazatan kebab di Turki.
Malam ini merupakan malam terakhir kami di sini. Sedih
tapi kami mesti akur kerana jauh lagi perjalanan & destinasi kami. Rancang
nak berjalan-jalan di tepi Laut Marmara di depan hotel kami untuk menikmati
pemandangan malam di Turki tapi disebabkan terlalu penat, plan tak jadi.
Esok pagi kami perlu bersiap awal & bergerak ke
Attaturk Airport jam 8.00 pagi. Selamat tinggal Turki, Bumi al-Fateh yg kaya
dengan sejarahnya yg tersendiri. In syaa ALLAH, ada jodoh kami datang
bertandang lagi.
Wallahualam. Moga ALLAH berkati musafir kami ini.
Hamba-NYA yg byk kelemahan,
Islah Ismail