ANCAMAN
DAJJAL MODEN & WOMEN’S LIB!
Dajjal adalah
suatu fitnah yang cukup berat bagi orang yang akan bertemu dengannya, kerana
itulah Rasulullah saw telah mengajar kepada kita agar sentiasa berdoa di akhir
solat dengan doa ini:
Maksudnya:
"Ya Allah,
aku berlindung dengan-Mu daripada azab kubur, aku berlindung dengan-Mu daripada
azab neraka jahanam, aku berlindung dengan-Mu daripada fitnah kehidupan dan
kematian, dan berlindung dengan-Mu daripada fitnah Al-Masih Dajjal".
Rasulullah
SAW telah berwasiat dalam hadisnya agar kita meminta perlindungan dengan Allah
SWT daripada fitnah dajjal diakhir tahiyyat setiap kali menunaikan solat. Dajjal
yang ditakuti itu akan muncul di akhir zaman, sebagai salah satu dari
tanda-tanda qiamat yang besar. Pada waktu itu ramai manusia yang tidak beriman
atau yang goyah imannya di atas dunia ini akan menjadi pengikutnya, mempercayai
bahawa ia adalah tuhan.
Mestika J1 Siri 19; Alamat Qiamat; Dajjal, Ya'juj Ma'juj, Imam Mahdi & Akhir Umur Dunia
Menurut
Rasulullah SAW juga, dajjal yang buta sebelah matanya tetapi mempunyai
kuasa-kuasa misteri yang diberikan oleh Allah SWT kepadanya. Dia boleh
mendengar dengan telinganya apa yang diucapkan di hujung dunia sana, boleh
melihat dengan mata sebelahnya itu apa yang berlaku dalam dunia ini, dia boleh
berjalan mengelilingi dunia dalam masa beberapa hari sahaja, boleh mengeluarkan
khazanah-khazanah seperti emas dan perak dari perut bumi dengan mudahnya, boleh
menurunkan hujan dan menumbuhkan tanam-tanaman, boleh memati dan menghidupkan
kembali orang yang telah mati. [Lihat: Nihayah
Al-Aalam 249]
Dari Hudzaifah r.a., Rasulullah SAW bersabda:
"Dajjal ialah orang yang buta sebelah matanya iaitu sebelah
kiri, lebat (panjang) rambutnya yang kerinting serta dia membawa Syurga dan
Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka bagi
orang Islam dan beriman kepada Allah SWT." [Hadis
riwayat Muslim].
Maka
sesiapa yang lemah imannya akan percaya bahawa dia adalah tuhan yang sebenarnya
dan akan sujud patuh mengikut perintahnya, tapi sebaliknya orang yang kuat
imannya akan dapat membaca tulisan di dahinya: ‘kaf, fa, ra’, iaitu kafir, dan
mereka yakin bahawa ianya hanyalah satu penipuan untuk menguji keimanan
manusia.
Dari
Qatadah, beliau mendengar daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW telah
bersabda: “Tidak ada seorang nabi kecuali ia telah memperingatkan kaumnya
terhadap sang pendusta yang buta sebelah mata. Ketahuilah bahawa dajjal itu
buta sebelah matanya sedangkan Tuhanmu tidak buta sebelah mata dan di antara
kedua matanya tertulis "kaaf", "faa", "raa". [Hadis
riwayat Muslim].
Walaupun
dajjal sebenar dengan segala macam fitnah yang akan dibawanya akan muncul di
akhir zaman sewaktu hampirnya qiamat, namun Rasulullah SAW telah mengajar
umatnya agar beramal dengan doa tersebut, mungkin kerana sebelum itu akan ada
fitnah-fitnah –semoga Allah SWT menyelamatkan kita semua darinya- yang serupa
dengannya walaupun lebih kecil berbanding dengan fitnah dajjal yang hakiki.
Dajjal Moden:
Kali ini kita akan melihat perspektif
tentang dajjal moden ini melalui hasil perbincangan di antara Syeikh Ibnu Bulaihid
– yang merupakan tumpuan orang-orang Badwi di Najdi dan penduduk sekitarnya
yang mahu belajar dan mendengar ilmu darinya – dengan seorang penulis yang terkenal
di Arab Saudi iaitu Muhammad Asad yang berasal dari Austria.
Beliau datang ke Saudi pada zaman pemerintahan Al-Malik Abdul Aziz dan merupakan seorang sahabat Almarhum yang sangat dihormatinya. Beliau mencatatkan perbincangan tersebut dalam bukunya yang masyhur: ‘The Road to Mecca (Makkah)’.
Beliau datang ke Saudi pada zaman pemerintahan Al-Malik Abdul Aziz dan merupakan seorang sahabat Almarhum yang sangat dihormatinya. Beliau mencatatkan perbincangan tersebut dalam bukunya yang masyhur: ‘The Road to Mecca (Makkah)’.
Buku ini juga telah diterjemahkan ke bahasa Arab dengan judul: ‘At-Torik Ila al-Islam’. Dengan pengalamannya sebagai orang barat (Western man) yang non-Muslim sebelum ini, beliau mengibaratkan huraian dajjal yang disebutkan di dalam hadis itu sebagai satu huraian yang menepati tentang kemajuan teknologi dunia moden hari ini (sebelum datangnya dajjal akhir zaman yang hakiki). Iaitu tentang kehidupan manusia hari ini yang telah luput maruahnya, hilang segala pertimbangan dan kaitan dengan asal-usul kejadiannya.
Katanya:
“Tidakkah huraian dajjal di dalam hadis Rasulullah di atas tadi begitu jelas
sebagai satu penghuraian yang tepat tentang kemajuan teknologi moden hari ini?
1)
Ianya
bermata satu, iaitu hanya melihat kepada satu aspek kehidupan sahaja iaitu kemajuan
/ perkembangan material (material progress), ia tidak peduli akan perkembangan
rohani (spiritual side).
2)
Dengan
bantuan mesin / alat-alat ciptaan yang canggih membolehkan manusia melihat dan
mendengar tanpa batasan melebihi kemampuan semula jadinya, juga boleh melalui
jarak atau sempadan yang tidak terhad dalam masa yang singkat. Ini terbukti
dengan ciptaan telefon, kapal terbang, jet, satellite, internet dan sebagainya.
3)
Kemajuan
sains juga boleh mengadakan hujan tiruan, menumbuhkan tanaman dengan cepat dan
mengeluarkan khazanah-khazanah yang tidak disangka dari perut bumi seperti
emas, perak, bijih dan minyak dari dasar laut tanpa apa-apa kesukaran.
4)
Teknologi
perubatan pula boleh menyembuhkan orang sakit tenat yang seolah-olah telah
mati, manakala peperangan dengan alat-alat canggih yang dicipta melalui sains
moden (contohnya bom nuklear) boleh memusnahkan banyak nyawa manusia dalam masa
yang singkat sahaja.
Kemajuan
dan kecanggihan material ini sungguh memukau dan berkuasa sehinggakan orang
yang tidak beriman atau lemah imannya akan mempercayai itulah tuhan dalam
bentuknya. Inilah yang dikatakan bertuhankan wang, emas dan kehidupan
semata-mata untuk mengejar kepuasan nafsu kebendaan dan material. Bukannya
menyedari dan menginsafi bahawa kemajuan tamadun (civilization) manusia serta
perkembangan teknologi dan sains itu adalah anugerah dari tuhan, tetapi
sebaliknya semakin ramai manusia di dalam kejahilan mereka mula memikirkan
bahawa itulah akhir halatujunya dan sesuatu yang wajar diburu dan dipuja.
Tetapi
mereka yang sedar akan Penciptanya, tujuan kewujudannya di dunia ini, akan
bertambah kuat imannya dan sesungguhnya jika mengikut dajjal bererti menafikan
Allah SWT, Tuhan Yang Maha Berkuasa. Atas kesedaran erti dajjal inilah juga
antara sebab-sebab yang membawanya ramai manusia kepada Islam, Ad-Din yang
haqiqi. Bagi yang celik, kehidupan kafir Barat telah menjadi satu dunia
kehidupan dajjal yang memukau dan menyesatkan.
Kemajuan
ini tidak mampu lagi mengadakan satu keseimbangan di antara keperluan fizikal
manusia, kehidupan masyarakat dan keinginan rohaninya. Etika keagamaan tiada
lansung kepentingan di dalam kamus hidupnya, bahkan hanya dikira sebagai satu muzik latar yang
menenangkan, boleh untuk menemani tetapi tidak sesekali untuk mempengaruhi
kehidupan ‘sebenar’ mereka.
Kehilangan
segala pedoman agama, mereka tidak mendapat faedah dari segi moral akan cahaya
ilmu pengetahuan yang dicurahkan oleh kemajuan sainsnya yang agung itu.
Ayat
al-Quran ini sangat sesuai sekali bagi menghurai keadaan mereka itu:
قال الله تعالى: {مثلهم كمثل الذي استوقد نارا فلما أضاءت ما حوله ذهب
الله بنورهم وتركهم في ظلمات لا يبصرون. صم بكم عمي فهم لا يرجعون }. ( البقرة :
17-18)
Ertinya: {Perumpamaan
mereka adalah seperti orang yang menyalakan api, maka setelah api itu menerangi
sekelilingnya, Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka dan membiarkan
mereka di dalam kegelapan, tidak dapat melihat. Mereka tuli, bisu, buta, maka
tidaklah mereka akan kembali (ke jalan yang benar).} [Al-Baqarah: 17-18].
Kerana
buta dalam keangkuhan inilah yang meyakinkan mereka bahawa hanya kemajuan
tamadun merekalah yang akan membawa cahaya dan kebahagian dalam kehidupan di
dunia ini. Mereka menyebarkan slogan materialistik “Western
way of life”, satu kepercayaan bahawa semua masalah kehidupan
manusia di dunia ini boleh diselesaikan dikilang-kilang, makmal-makmal dan
dengan perangkaan statistik semata-mata.
Wanita dan Dajjal:
Rasulullah
SAW juga memberitahu bahawa di akhir zaman nanti kaum wanita adalah yang paling
ramai lari keluar mengikut dajjal.
Rasulullah
SAW juga telah bersabda:
"ينزلُ الدجالُ في هذهِ
السبخةِ بمرقناةٍ فيكونُ أكثرَ من يخرجُ إليه النساءُ، حتى إن الرجلَ ليرجعَ إلى حميمِه
وإلى أمِّه وإلى ابنتِه وأختِه وعمَّتِه فيوثقُها رباطًا مخافةَ أن تخرجَ إليه"
Maksudnya:
“Dajjal akan turun dari daerah dataran bergaram yang bernama Marriqanah.
Yang paling ramai akan menjadi pengikutnya adalah kaum wanita, sehinggakan
seorang lelaki akan bersegera pulang ke rumahnya untuk melihat/menjaga isteri,
ibu, anak perempuan, saudara perempuan dan ibu saudaranya, kemudian diikatnya mereka
kerana bimbang jika mereka keluar (lalu) bertemu Dajjal dan menjadi pengikutnya.”
[HR. Ahmad (7/190) dan disahihkan oleh Ahmad Syakir].
Akhir zaman itu telah tiba sekarang. Ini sekali lagi bertepatan dengan fenomena manusia hari ini, di mana kaum wanita tidak lagi lekat diam di rumah, tetapi turut keluar dari rumah dengan pelbagai tugasan dan tujuan, samada yang harus atau tidak. Tetapi tidak dapat dinafikan keluarnya wanita dari rumah hari ini adalah lebih banyak menjurus kepada kesan negatif daripada yang positif.
Di
tengah perpecahan dan keruntuhan dunia Islam sekarang ini, kita dapat
menyaksikan betapa banyaknya kekuasaan yang hendak menarik, sekaligus
mengeluarkan wanita dari agama dan Syariat Nabinya ke jalan yang amat jauh dari
jalan yang diredhai Allah, diantaranya adalah lantangnya suara seruan kepada kebebasan
wanita.
Lalu keluarlah kaum wanita ini yang kononnya
disokong oleh mereka yang berfikiran liberal, menuntut dan memperjuangkan sesuatu
yang diluar fitrah dan tabie kejadian mereka. Para penyeru kebebasan wanita mutakhir
ini, bertambah lantang dan berani, berusaha sedaya upaya menodai kehormatan dan
kedudukan para wanita yang telah diangkat oleh Islam.
Semua
ini pada umumnya adalah untuk menyeret wanita supaya mempunyai kedudukan yang setaraf
dengan kaum lelaki, agar wanita meninggal serta menanggalkan hijab (pakaian dan
tudung) muslimahnya, agar wanita bekerja di sektor-sektor pekerjaan yang dulunya
khas untuk kaum lelaki, agar wanita berhias secantik mungkin, agar bertambah
ayu, seksi, feminin dan menawan ketika
keluar dari rumahnya.
Mereka
para pejuang kebebasan wanita ini mahu agar para wanita disamakan dengan kaum
lelaki dalam segala bidang kehidupan, baik dalam pendidikan, pekerjaan, ekonomi
mahupun dalam pemerintahan.
Sedangkan
hak wanita sudah amat sempurna di dalam Islam. Islam memberikan kebebasan
kepada wanita dalam bidang pendidikan, perkahwinan, pekerjaan, politik dan
kemasyarakatan. Panduan umum al-Quran dan al-Sunnah terhadap kedudukan wanita
adalah sama dengan lelaki dari segi kemanusiaannya, iaitu kedua-duanya mempunyai
sama hak dan sama kewajipan dalam melaksanakan tugas-tugas agama sebagaimana
firman Allah Taala:
Maksudnya:
{Wahai manusia, bertakwalah kamu kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu
dari satu jiwa.} [Surah al-Nisa’:1].
Hak-hak
ini semua tidak terdapat dalam fahaman mereka yang menamakan dirinya “fahaman moden”,
yang menyeru ‘Kebebasan Wanita’ itu. (Bahkan sebaliknya) mereka mengatakan bahawa
Islam menghilangkan hak-hak wanita dan memenjarakannya di dalam rumah.
Apakah
kerana Islam tidak menjadikan wanita sebagai “barangan murah” yang dapat
dinikmati oleh setiap pandangan mata dan pemuas nafsu mereka yang rosak moral
itu? Inikah kebebasan yang mereka perjuangkan? Dan inikah hak yang mereka
tuntut?
Benarlah
sabda Nabi Muhammad SAW:
ما تركت بعدي في الناسِ، فتنةً أضرُّ على الرجالِ من
النساءِ
“Tidaklah aku tinggalkan fitnah yang lebih
berbahaya bagi kaum lelaki daripada fitnah kaum wanita.” [HR Muslim].
Maka
dengan itu dajjal moden telah muncul untuk menguasai nafsu manusia. Manusia sudah
mulai melangkah, bertindak sendiri merealisasikan segala tanda-tanda yang disebut
oleh Rasulullah SAW itu.
Sekali
lagi marilah kita sama-sama berdoa agar dijauhi dan diselamatkan dari fitnah
dajjal ini, samada yang nyata iaitu Dajjal yang hakiki atau dalam apa-apa
bentuk penjelmaannya sekalipun. Sesunguhnya ia adalah satu fitnah yang amat
dahsyat!!! Amin.
Wallahu
a’lam.
Oleh: Ummu Anas
Madani, Madinah. 9.99.
Edit semula
pada: 27 Syawal 1434H. (PSD, 3/9/2013)
Tulisan asal di: http://www.abuanasmadani.com/?p=87