Abu Anas Madani: Catatan Rehlah Haji 1434H (2).
Alhamdulillah, selamat sampai
di Makkah pagi Rabu 26 Zulhijjah 1434H (02/10/2013). Setelah selesai
mengerjakan umrah; tawaf, saie, bercukur atau bergunting maka selesailah ibadat
ini bagi orang ingin mengerjakan haji tamattu’. Bagi mereka yang mengerjakan
haji ifrad, maka mereka melakukan tawaf qudum (tawaf selamat sampai) dan
melakukan saei haji, kemudian kekal berada dalam ihram hingga selesai tahallul
awwal nanti.
Tugas Abu Anas ke Makkah
selain untuk ibadat sendiri ialah untuk membimbing jemaah haji yang bersama
dalam Pakej Ash-har Travel khasnya. Bersama dengan kami juga tahun ini ialah
kumpulan JKIM (Jawatankuasa Kebajikan Islam MAS “Malaysia Airlines”) yang
terdiri dari kakitangan MAS dan pasangan mereka seramai 50 orang.
Mudah-mudahan dengan sedikit
bimbingan dan motivasi para jemaah terbimbing dalam melakukan ibadat mereka di
Tanah Suci.
Tajuk pertama kuliah di Makkah
ialah: “Anda di Makkah” memperkenalkan
kelebihan dan adab berada di Tanah Haram.
Jemaah dinasihatkan agar
banyak beribadat setakat yang mampu, jangan terlampau nanti terjejas kesihatan,
sukar pula sewaktu nak menunaikan ibadat haji nanti.
*********
REHAT,
Kerehatan itu ibarat
fatamorgana. Setiap kali kita menghampirinya, ia semakin jauh menghilang.
Dan kita takkan sampai
kepadanya melainkan di Syurga.
Oleh itu, usahlah kita memburu
kerehatan, tetapi ayuhlah memburu Syurga.
(Makkah, 04 Zulhijjah 1434H-
aam)
*********
Fadhilat Beramal pada 10 hari terawal Bulan Zulhijjah
Jangan sampai
diremehkan dan diperkecilkan IBADAT!
Sepuluh hari awal daripada
bulan Zulhijjah adalah hari-hari yang mempunyai kelebihan, sebagaimana yang
telah disebut dalam hadis Nabi S.A.W.
Ini kerana pada hari-hari
tersebut terkumpul pelbagai jenis ibadah.
Namun, ibadah tersebut
mestilah dilakukan IKHLAS kerana Allah.
Bukan untuk diperlihatkan
(RIYA') atau diperdengarkan (SUM'AH).
Nabi SAW bersabda:
من سمع الناس بعمله سمع الله به سامع خلقه وحقره وصغره
"Sesiapa yang
memperdengarkan amalannya kepada manusia, maka Allah akan memperdengarkan
dengannya kepada yang mendengar daripada makhluk-Nya, MEMPERLEKEHKAN DAN
MEMPERKECILKANNYA" [Musnad Ahmad (6509) - Sahih]
Jangan jadikan amalan yang
HEBAT dan BESAR di sisi ALLAH SWT menjadi amalan yang diremehkan dan
diperkecilkan.
Ya Allah, kurniakanlah kami
ikhlas dalm beribadah kepadaMu. #Arar.
(Makkah, 04 Zulhijjah 1434H).
***************
Peringatan Bagi Mereka Yang Ingin Melakukan Ibadat Korban.
*********
Pada Pagi 4 Zulhijjah / 9hb Oktober
2013:
Ustaz Shamsudin Abdul Rahman
(JARUM) datang menziarahi jemaah Ash-Har, dan ustaz pula bersedia untuk menjelaskan
kesesatan dan kejahatan penganut agama Syiah kepada jemaah Ashhar di hotel Az-Zahabi,
Makkah. Pendedahan kesesatan ini sangat penting untuk mengawal Aqidah Umat Ini.
Jazahullahu khaira.
***********
Sembunyikanlah!
AMAL KEBAJIKAN.
Orang soleh pada zaman dahulu,
apabila mereka melakukan amalan yang baik, mereka bersusah-payah
menyembunyikannya.
Ayyub As-Sikhtiyani (wafat
131H) pernah memberikan satu nasihat yang sangat berharga dalam perbahasan ini.
Beliau berkata:
ليتق الله الرجل،
فإن زهد فلا يجعلن زهده عذابا على الناس،
فلأن يخفي الرجل
زهده خير من أن يعلنه
"Seorang lelaki hendaklah
bertaqwa kepada Allah. Jika dia hidup dengan zuhud, janganlah dia menyebabkan
orang lain merasakan kesengsaraan daripada zuhudnya itu.”
Dia menyembunyikan zuhudnya
itu lebih baik daripada dia menzahirkannya.
[Lihat: Siyar A'lam Nubala
16/15-26]
Perkataan beliau ini
dilaksanakan oleh beliau sendiri.
Sallam memberitahu: Ayyub
melakukan qiyamullail sepanjang malam tetapi beliau menyembunyikan
qiyamullailnya itu. Apabila dekat waktu Subuh, beliau mengangkat suara,
seolah-olah beliau baru bangun dari tidur.
Abu Hazim Salamah bin Dinar
(wafat 140H) berkata:
اكتم حسانتك كما
تكتم سيئاتك
"Sembunyikanlah amalan
kebaikanmu sebagaimana kamu menyembunyikan perbuatan jahatmu" [Lihat: Siyar A'lam
Nubala 6/96-103]
Al-Khatib Al-Baghdadi rh meriwayatkan
dalam Tarikh Baghdad (10/200) bahawa Abdul Rahman bin Abi Laila melakukan solat
(sunat) di rumahnya. Jika ada orang masuk ke rumah, beliau akan berteleku di
tilamnya (seolah-olah dia sedang berehat).
Contohilah mereka wahai para
ahli ibadah! #ARAR 16/5/2013.
(MAKKAH, 5 Zulhijjah 1434H,
aam)
*********
Muhasabah diri;
Di Zaman kita hari ini pula
semua ibadat nak beritahu kepada orang;
Tengah Solat ambil gambar.
Tengah Tawaf dan Saei ambil
gambar,
Tengah melontar ambil gambar.
Tengah Menyampaikan Salam
Kepada Rasulullah SAW pun ambil gambar.
Bahkan ketika sedang berdoa
ambil gambar. Menangis dalam doa atau dalam sujud pun cerita kepada orang.
*Semuanya untuk dimasukkan
dalam fb!!
Bahaya: Nanti Hidupku & Matiku untuk FB!!
اللهم أصلح أحوالنا ونياتنا.
**********
Hujan Di Arafah
hari Rabu 4/12/1434H.
Hujan turun lebat di Arafah dan
kawasan sekitarnya.
Menurut maklumat petugas di
Arafah, banyak juga khemah yang terbalik, banyak
juga khemah yang runtuh, dan ada barang-barang yang hanyut dibawa air hujan.
Lihat video; Watch سيول
صعيد عرفةل" on YouTube –
Biasalah hujan di Makkah dan
sekitarnya akan menjadi banjir kilat, mungkin disebabkan oleh system perparitan
yang tidak disediakan memandangkan jarang hujan di sana.
Khemah yang terbalik itu biasanya
sekejap sahaja dibaiki oleh pihak Muassasah. Alhamdulillah.
Doakan semoga Hari Arafah
nanti semuanya selamat sejahtera.
Berita Palsu:
Cepatnya tersebar dan rajinnya
orang bekerja menyebarkan cerita palsu kononnya kerajaan Saudi menghantar balik
jemaah haji kerana banjir dan lain-lain.
["Dukacita
dimaklumkan bahawa Arab Saudi telah menutup kemasukkan Jemaah haji di seluruh
dunia akibat berlakunya ribut taufan di Arafah. Jemaah yang telah tiba di Jeddah
pun diarah pulang ke negara masing2."]
Laporan dari Makkah;
Ahli keluarga jemaah haji
jangan bimbang, alhamdulillah kami di Makkah dalam keadaan & suasana yang
baik.
Jangan percaya kepada sms
palsu yang mengatakan jemaah diarah pulang kerana banjir. Ada berita yang
mengatakan bahawa Arab Saudi mengarahkan jemaah haji berpatah balik ke tanah
air semasa tiba di Jeddah adalah TIDAK BENAR.
Jemaah yang tak dapat visa
haji dan tak boleh datang ramailah di Kuala Lumpur sana. Jangan cuba menggunakan
kejadian alam untuk menutup kelemahan dan alasan.
Saya perbetulkan message
tersebut bahawa TIADA SAMA SEKALI arahan dari Arab Saudi menutup kemasukan
jemaah haji untuk berwukuf di Arafah. Peristiwa berlaku adalah hujan lebat dan
banjir kilat. Semua dalam keadaan sedia kala sekarang. Khemah ada yang tumbang
kerana masih belum dipasang dengan sempurna. Para petugas sedang membaiki hari
ni. Tiada kemalangan jiwa dan semua jemaah haji berada di Makkah.
Kemasukan jemaah haji memang
ditutup seperti tahun-tahun lepas dimana seminggu sebelum wukuf semua
penerbangan dari seluruh dunia sudah habis dan airport haji ditutup sementara.
Lihat juga *Catatan
Abu Anas haji tahun 1430H, berlaku hujan lebat di Arafah dan Jeddah, sila baca
di;
Matof
Alhamdulillah tanggal 5
Zulhijjah tempat tawaf (Matof) yang asal di atas bangunan masjidil Haram
yang dibaiki telah dibuka kepada Toifiin (orang tawaf) walaupun belum
siap sepenuhnya. Ini untuk menerima kemasukan jemaah yang semakin ramai.
Manakala tempat tawaf
sementara yang berbentuk bulat di tengah-tengah medan dan mengganggu pandangan
itu, tetap dikekalkan!! Tetapi ianya hanya dikhaskan untuk orang yang
menggunakan kerusi roda bersama seorang pengiring sahaja yang dibenarkan.
(AAM, Masjidil Haram, 5
Zulhijjah 1434H).
***********
HAJI MABRUR.
Unta Yang Menunaikan Haji
Orang yang ingin menunaikan
haji hendaklah memastikan perbelanjaan hajinya adalah daripada harta yang halal
dan suci.
Seorang penyair berkata:
إذا حججت بمال أصله دنس - فما حججت ولكن حجت
العير
Jika engkau melaksanakan haji
dengan harta yang kotor pada asalnya,
Maka, tidaklah engkau
menunaikan haji; hakikatnya yang menunaikan haji adalah UNTA (YANG
DITUNGGANGI).
لا يقبل الله إﻻ كل صافية - ما كل من حج بيت
الله مبرور
Allah tidak menerima kecuali
yang SUCI BERSIH,
Tidak semua yang menunaikan
haji ke Baitullah itu hajinya mabrur.
Maksudnya, dia tidak mendapat
pahala dan hajinya tidak diterima oleh Allah Ta'ala disebabkan perbelanjaannya
yang kotor.
Maka, keadaannya adalah sama
seperti orang yang tidak pergi haji.
Jadi, yang pergi haji adalah
unta yang ditunggangnya.
Carilah harta yang halal dan
bersih untuk menunaikan haji. Semoga Allah berikan haji yang mabrur. #Arar.
(Makkah, 6 Zulhijjah 1434H.
AAM)
*************
Tazkirah; Ihram
Hati.
6-12-1434
خطبة الشيخ صالح آل طالب
Lihat: http://youtu.be/43m_WtlskkM
Muqaddimah Khutbah Masjid Haram hari ini;
Keluhan orang yang
tak dapat pergi haji:
يا راحِلين إلى البيت العتيقِ لقد *** سِرتُم جُسومًا وسِرنا نحن أرواحًا
إنـا أقَمنـا على عُذرٍ نُكابِدُه *** ومن أقـامَ على عُذرٍ كمن راحَا
Wahai
golongan yang berangkat ke Bait al-Atiq (Kaabah) sesungguhnya **
Kamu pergi dengan jasad kamu dan kami pergi dengan jiwa kami.
Kami tinggal di kampung dengan keuzuran yang
menghalang**
Dan mereka yang tinggal kerana
keuzuran sama (pahalanya) seperti mereka yang pergi.
خرجَت أمُّ أيمن بنتُ عليٍّ من مصر وقتَ خُروج الحُجَّاج والجِمالُ تمرُّ بها
وهي تبكِي وتقول:
"هذه حسرةُ من انقطعَ عن الوصول إلى البيت؛ فكيف تكونُ حسرةُ من انقطعَ
عن ربِّ البيت؟!".
Ummu Aiman binti Ali rh keluar
dari Mesir ketika jemaah haji berangkat menuju ke Makkah, apabila rombongan
melintasi di hadapannya, dalam keadaan menangis beliau berkata:
“Ini adalah kerugian bagi
mereka yang terputus dari sampai ke Baitullah.
Maka bagaimana pula besar
kerugian bagi mereka yang terputus hubungannya dengan Tuhan kepada Baitullah”.
(AAM, Jumaat 6 Zulhijjah 1434H).
وفي هذا يقول ابن رجب الحنبلي رحمه الله:
من فاته هذا العام المقام بعرفة، فليقم بحقه الذي عرفه. من
عجز عن المبيت بمزدلفة، فليبيت عزمه على طاعة الله وقد قربه وأزلفه. من لم يمكنه القيام
بأرجاء الخيف، فليقم بحق الرجاء والخوف. من لم يقدر على نحر هديه بمنى، فليذبح هواه
هنا، وقد بلغ المنى. إن حُبستم العام عن الحج فارجعوا إلى جهاد النفوس، أو أُحصرتم
عن أداء النسك فأريقوا على تخلفكم من الدموع ما تيسر، فإن إراقة الدماء لازمة للمحصَر،
ولا تحلقوا رءوس أديانكم بالذنوب، فإن الذنوب حالقة الدين ليست حالقة الشعر، وقوموا
لله باستشعار الرجاء والخوف مقام القيام بأرجاء الخيف والمشعر، ومن كان قد بعد عن حرم
الله فلا يبعد نفسه بالذنوب عن رحمة الله، فإن رحمة الله قريب ممن تاب إليه واستغفر،
ومن عجز عن حج البيت أو البيت منه بعيد، فليقصد رب البيت، فإنه ممن دعاه ورجاه، أقرب
إليه من حبل الوريد.
**********
HAJI, dahulu &
sekarang.
Beberapa titik penting
pertemuan dengan para pendakwah dari beberapa negara... berkisar tentang:
Haji: Antara Semalam dan Hari
ini.
1. Perjalanan haji... Jemaah haji
dahulu perjalanan menggunakan kapal laut ambil masa berbulan-bulan. Ada yang berjalan
kaki ambil masa setahun. Jemaah haji hari ini hanya mengambil masa beberapa jam
mula bertolak dari tempatnya sehingga sampai ke Makkah.
2. Keamanan perjalanan... Selain masa
perjalanan yang panjang para jemaah terdedah kepada banyak bahaya sepanjang
perjalanan samada berupa bencana alam atau kezaliman penyamun di tengah
perjalanan.
Kerana itu masyhur di kalangan
orang terdahulu perkataan:
"JEMAAH HAJI: Perginya
umpama hilang; Pulangnya bagai baru dilahirkan".
3. Persiapan rohani... Seorang yang
berihram dari miqat dahulu mengambil masa beberapa hari sebelum sampai ke Makkah.
Justeru mereka bertalbiah pagi dan petang, siang dan malam sepanjang
perjalanannya.
Talbiah adalah lambang
peng-Esaan terhadap Allah dan memiliki kesan yang amat besar terhadap mereka yang
mengucapkannya. Berbeza dengan perjalanan sekarang yang belum sempat menghabiskan
100 kali talbiah, Ka’bah sudah ada di hadapan mata...
4. Kemudahan... Tentu saja
kemudahan yang ada sekarang adalah nikmat yang besar dari Allah sehingga
manusia yang berhaji berada dalam keadaan yang lebih selesa berbanding dahulu.
Masjidil haram yang luas, khemah di mina dan Arafah, tandas, petunjuk arah
qiblat, bekalan makanan dan minuman dan lain-lain.
Seorang pendakwah dari Indonesia
berkongsi pengalaman melakukan Haji era 80-an apabila beliau bermimpi dan
bangun dalam keadaan berjunub. Amat payah untuk mendapatkan air sehingga beliau
terpaksa membeli beberapa botol minuman dan menggunakannya untuk mandi.
Semoga kita dapat mengambil
faedah dari perbezaan ini dan mengambil manfaat dari nikmat yang dikurniakan
tanpa melupakan sudut-sudut yang memberikan kelebihan kepada para jemaah haji
dahulu. Mudah-mudahan Allah mengurniakan kepada jemaah2 haji kita dan seluruh
dunia HAJI yang MABRUR serta menerima segala amalan kebaikan dari kita sehingga
akhirnya Allah mengganjari kita dengan SYURGA yang kekal abadi di akhirat
sana...
#Ust. Hasyimi, Makkah 7
Zulhijjah 1434.
(Makkah, 12/10/2013, AAM).
Akhukum Abu Anas Madani.