بسم الله الرحمن الرحيم، قال تعالى: {إِنَّ أَوَّلَ بَيْتٍ وُضِعَ لِلنَّاسِ لَلَّذِي بِبَكَّةَ مُبَارَكًا وَهُدًى لِلْعَالَمِينَ (96) فِيهِ آَيَاتٌ بَيِّنَاتٌ مَقَامُ إِبْرَاهِيمَ وَمَنْ دَخَلَهُ كَانَ آَمِنًا وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلا وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ اللهَ غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ} [آل عمران: (97)].
SIFAT HAJI RASULULLAH Menurut riwayat Jabir bin Abdullah ra.
Haji Menurut Sunnah Nabi SAW dan Beberapa Kesalahan Yg Dilakukan oleh para jemaah..
Zikir & Doa Semasa Mengerjakan Haji
Khabar Gembira Buat Jemaah Haji
Abu Anas Madani, Makkah Mukarramah, 5 Zulhijjah 1433H.
Hotel Zuwar al-Haramain, Toriq Al-Hijrah.
{..Mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang mempunyai kemampuan perjalanan ke Baitullah} [Aali ’Imran: 97].
Sabda Rasulullah SAW:
((خُذُوا عَنِّي مَنَاسِكَكُمْ)) [مسلم وغيره]
Perjalanan menuju ke Tanah Haram memerlukan bekal yang cukup. Di samping bekal harta, ilmu juga merupakan bekal yang sangat diperlukan. Kerana dengan ilmu, seseorang akan terbimbing dalam melakukan ibadah hajinya sesuai dengan tuntunan Rasulullah SAW. Juga agar terhindar dari berbagai macam kesalahan dan kesilapan, sehingga hajinya diterima sebagai haji mabrur yang tiada balasan baginya kecuali al-Jannah.
http://www.youtube.com/watch?v=Do7uOFbr1wU
http://www.youtube.com/watch?v=Do7uOFbr1wU
Rehlah Perjalanan Haji Nabi SAW 1:
Menurut Imam An-Nawawi rh dalam syarah Sahih Muslim: “Hadis Jabir ra ini adalah sebuah hadis yang besar, (عَظِيم) yang merangkumi pelbagai faedah dan kaedah-kaedah yang penting...
Al-Qadhi 'Iyad rh berkata: Ramai ulama’ memperbincangkan fiqh yang terkandung di dalam riwayat tersebut. Abu Bakar ibnu al-Munzir telah menulis satu jilid besar tentangnya serta menghasilkan masalah fiqh lebih daripada seratus lima puluh perkara. Bahkan jika terus dikembangkan akan menghasilkan lebih banyak lagi faedah fiqh.”
Rehlah Perjalanan Haji Nabi SAW 2:
Syeikh al-Albani rh juga telah menjadikan hadis ini sebagai asas kepada bukunya Hajjah an-Nabi SAW (Haji Nabi SAW), kerana katanya sebagaimana ucapan Imam Nawawi: “Dia adalah sahabat yang membawa riwayat terbaik tentang Haji Wada’ kerana bermula dari saat keberangkatan Nabi SAW dari Madinah lagi sehingga selesai. Maka riwayat yang disampaikan lebih cermat berbanding dengan yang lain.”
Untuk mempelajari sejarah dan hukum yang dapat disimpulkan dari Rehlah Haji Nabi SAW, sila dengar rakaman kuliah Abu Anas Madani – ‘Afallahu ‘anhu wa ‘an walidaihi-.
PSD, 13 Zulqa’dah 1432H – 11-10-11.
Haji Menurut Sunnah Nabi SAW dan Beberapa Kesalahan Yg Dilakukan oleh para jemaah..
Kuliah - Khutbah Yang Berkaitan:
Rindu Baitullah & Pengorbanan Nabi Ibrahim as
Persiapan Diri Untuk Melakukan Ibadat Haji
Rahsia & Hikmah Ibadat Haji
Dosa Besar ke 7: Tidak Melakukan HAJI
Haji; Kewajipan & Kelebihannya.