Labels

Wednesday, July 31, 2013

Wanita dan Lailatul Qadar (10 Akhir Ramadhan).


بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah, yang telah menyampaikan kita pada bulan Ramadhan tahun ini lalu memberi peluang untuk kita menambah amal kebajikan. Semoga buku amalan kita dipenuhi dengan pahala-pahala yang dikaut sepanjang Ramadhan ini, insya’Allah. Hari ini hari ke20, esok kita akan memasuki 10 ketiga atau terakhir bulan Ramadhan. Hari-hari yang memiliki kelebihan dan kemulian yang khas dan berbanding lainnya.
Di antara nikmat dan hadiah Allah SWT terhadap hamba-Nya umat Islam akhir zaman ini, dianugerahkannya kepada kita satu malam yang mulia dan mempunyai banyak kelebihan. Suatu keutamaan yang tidak pernah didapati pada malam-malam selainnya. Iaitu malam “Lailatul Qadr”. Suatu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, sebagaimana firman Allah SWT:
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ * وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ * لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ * تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ * سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ *
{Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada malam taqdir (Lailatul Qadr). Dan tahukah kamu apakah malam taqdir (Lailatul Qadr) itu? Malam taqdir itu (Lailatul Qadr) lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehingga terbit fajar”. [Al-Qadr: 1-5]

Tuesday, July 30, 2013

Kuliah, Tazkirah & khutbah Ramadhan 1434H; Rahsia Orang Yang Mencintai Allah SWT.


بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah, di ambang Ramadhan dan sepanjang bulan Ramadhan tahun ini ana telah menyampaikan tazkirah dan kuliah berkaitan dengan puasa dan kelebihan Ramadhan serta beberapa panduan atau tip untuk mengisi bekas yang disediakan bagi memperbanyakkan ibadat dan bertaqarrub kepada Allah sebanyak mungkin dalam bulan yang mulia ini.
Ketika sedang mencari idea untuk dijadikan silibus atau muqarrar tahun ini, beberapa orang pelajar yang pernah tinggal buat seketika di PSD dan kini sedang belajar di Timur Tengah, datang menziari PSD, antara mereka ialah Amin Asbahani yang sedang belajar di Mesir, telah menghadiahkan dua buah buku, iaitu;
 مع الإثني عشرية في الأصول والفروع
dan : Asrar Al-Muhibbin fi Ramadhan. (Rahsia Orang Yang Mencintai Allah SWT di Bulan Ramadhan). Jazahumullahu khaira.
Maka buku ke 2 ini sesuai dijadikan muqarrar. Di bawah ini adalah petikan kuliah dan tazkirah yang telah disampaikan, semoga bermanfaat.