Labels

Thursday, December 22, 2011

Hukum Menyerupai / Merayakan Perayaan Orang Kafir.

 Hukum Menyerupai / Merayakan Perayaan Orang Kafir.



Tarikh Keputusan:  14 Mar, 2004
Keputusan:
KEPUTUSAN JAWATANKUASA SYARIAH Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Perak yang bersidang pada 19 Muharam 1425 bersamaan 11 Mac 2004 buat kali ke 162 telah membuat keputusan bahawa:
“Merayakan /menyerupai perayaan orang kafir adalah haram”.

Keterangan/Hujah:
1. LATAR BELAKANG DAN ISU:
1.1 Di antara keunikan masyakat Malaysia ialah berbilang kaum dicirikan oleh agama, bahasa dan kepelbagaian fungsi-fungsi dalam ekonomi.
1.2 Dalam perlembagaan Malaysia, Islam adalah agama rasmi dan agama-agama lain bebas untuk di amalkan.
1.3 Konsep kongsi kuasa dan pengekalan keharmonian sesama warganegara adalah beberapa alasan untuk mewajarkan suasana sama-sama menyambut hari kebesaran agama-agama lain.
1.4 Persoalannya adakah atas roh toleransi sehingga dibuka seluas luasnya pintu pemisah dalam soal-soal aqidah dan adakah alasan siasah syariah menjadi penyebab terjadinya kongsi raya.

2. KONSEP ASAL WALA' DAN BARA'.
Secara asasnya Islam menyuruh umatnya berwala' kepada Islam dan Bara' dari kekufuran serta merasa bangga dengan pegangan Islam serta menampilkan jati diri muslim sehingga keperibadian dan corak kehidupan dapat dibezakan dari golongan kafir. Ini dapat diambil daripada ayat-ayat berikut;
2.1 Ayat Allah yang menyeru kepada berbangga dengan Islam:
} ومن أحسن قولا ممن دعا الى الله وعمل صالحا وقال إننى من المسلمين{ (فصلت 33(
Bermaksud: {Siapakah yang lebih baik perkataanya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal soleh dan berkata sesungguhnya aku termasuk dalam golongan muslimin}. [Fusilat: 33].
2.2 Allah memerintahkan agar orang Islam berdoa agar dijauhkan daripada mengikuti jalan orang kafir dan diberi petunjuk mengikuti jalan yang lurus menerusi ayat:-
(اهدنا الصراط المستقيم صراط الذين أنعمت عليهم  غير المغضوب عليهم ولا الضالين) [الفاتحة: 6-7]
Bermaksud: {Tunjukilah kami jalan yang lurus iaitu jalan orang-orang yang telah engkau beri nikmat keatas mereka dan bukannya jalan orang-orang yang engkau murkai dan bukan juga jalan orang-orang yang sesat.} [Al-Fatihah: 6-7].
2.3 Terdapat beberapa ayat Al Quran dan As Sunnah yang menegah daripada tasyabbuh dengan orang-orang kafir kerana ia termasuk dalam kesesatan seperti firman Allah:
                          {ثم جعلناك على شريعة من الأمر فاتبعها ولا تتبع أهواء الذين لا يعلمون} [الجاثية: 18].
Bermaksud: {Kemudian kami jadikan kamu berada diatas satu syariat (peraturan)dari urusan (agama), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui.} [Al-Fatihah: 18].
{ولئن اتبعت أهواءهم بعد ما جاءك من العلم ما لك من الله من ولى ولا واق} [الرعد: 37].
Bermaksud: {Dan seandainya kamu mengikut hawa nafsu mereka setelah datang pengetahuan kepadamu maka sekali-kali tidak ada pelindung dan pemelihara bagimu terhadap (siksa) Allah.} [Ar-Ra’du: 37].
{ولاتكونوا كالذين تفرقوا واختلفوا من بعد ما جاءهم البينات} [ال عمران: 105].
Bermaksud: {Janganlah kamu menjadi seperti oarng-orang yang berpecah belah dan berselisihan setelah datang kepada mereka keterangan.} [Aal-Imran: 105].
2.4 Menyerupai dan menyertai orang-orang kafir termasuk perayaannya merupakan bukti kepada menyayangi dan mengasihi orang-orang kafir dan perbuatan ini menyalahi arahan Allah agar orang-orang mukmin البرأة daripada kekufuran. Dalam beberapa ayat Al Quran, Allah melarang dari perbuatan melantik dan mengasihi orang-orang kafir seperti firman Allah:
{ يا ايها الذين آمنوا لا تتخذوا اليهود والنصارى أولياء بعضهم أولياء بعض ومن يتولهم منكم فإنه منهم} [المائدة: 5]
Bermaksud: {Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengangkat Yahudi dan Nasrani sebagai pemimpin. Mereka adalah pemimpin di kalangan mereka maka barangsiapa yang melantik mereka di jalangan kamu maka orang itu termasuk golongan mereka.} [Al-Maidah: 5].
{لا تجد قوما يؤمنون بالله واليوم الآخر يوادون من حاد الله ورسوله ولو كانوا آباءهم أو أبناءهم أو إخوانهم أو عشيرتهم} [المجادلة: 22]
 Bermaksud: {Kamu tidak akan mendapati satu kaum yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan RasulNya, sekalipuh orang-orang itu bapa-bapa atau anak-anak atau saudara-saudara atau anggota keluarga mereka.} [Al-Mujadalah: 22].
2.5 Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah berkata:
"المشابهة تورث المودة والمحبة والموالاة فى الباطن، كما أن المحبة فى الباطن تورث المشابهة فى الظاهر" (ابن تيمية، المتوفى سنة 728 هـ اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم. دار الحديث بالأزهر ص 198 .
Mafhumnya: “Peniruan dan penyerupaan mewarisi rasa kasih sayang dan ketaatan di dalam batin seperti mana kasih sayang di batin mewariskan penyerupaan luaran.”
Ketika memberi komentar terhadap ayat Al-Mujadalah di atas beliau mengatakan:-
"فأخبر سبحانه أنه لا يوجد مؤمن يواد كافرا، فمن واد الكفار فليس بمؤمن، والمشابهة الظاهرة مظنة المودة فتكون محرمة" (ابن تيمية، المتوفى سنة 728 هـ اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم. دار الحديث بالأزهر ص 199.  
Mafhumnya: “Maka pada ayat berkenaan Allah SWT menegaskan tidak patut seorang mukmin mengasihi seorang kafir maka barangsiapa mengasihi orang kafir maka sebenarnya ia bukan seorang mukmin dan penyerupaan yang zahir kasih sayang dan ia adalah haram.”
Hadis Rasulullah S.A.W. ((من تشبه بقوم فهو منهم))
Mafhumnya: “Barang siapa yang tasyabbuh dengan sesuatu kaum maka ia tergolong dalam kaum berkenaan.” [HR Ibnu Hibban "Sahih"]
 أخرجه أبو داود فى اللباس واحمد، وجود إسناده شيخ الإسلام فى الاقتضاء، وعضده الحافظ فى الفتح بمرسل حسن الاسناد، وحسنه السيوطى، وصححه الألباني.
Komentar terhadap hadis di atas Syeikh Islam Ibn Taimiyyah berpendapat:
" وهذا الحديث أقل احواله أن يقتضى تحريم التشبه بهم، وإن كان ظاهره كفر المتشبه بهم، كما فى قوله تعالى (ومن يتولهم منكم فانه منهم)" (ابن تيمية. المتوفى سنة 728 هـ اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم. دار الحديث بالأزهر ص 75.
 Mafhumnya: “Pada hadis ini membawa pengertian bahawa seringan-ringan hukum adalah dalil pengharaman tasyabbuh walaupun pada zahir hadis ini menunjukkan makna kufur orang yang meniru atau menyerupai orang-orang kafir seperti yang difahamkan dari ayat yang bermaksud: {Barang siapa yang melantik mereka di kalangan kamu maka ia tersendiri akan tergolong dalam kalangan mereka.} Beliau juga menyebut:
 "أن من أصل دروس دين الله وشرائعه، وظهور الكفر والمعاصي التشبه بالكافرين، كما أن أصل كل خير المحافظة على سنن الأنبياء و شرائعهم" (ابن تيمية، المتوفى سنة 728 هـ اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم. دار الحديث بالأزهر ص 103 )
Mafhumnya: “Sesungguhnya antara faktor utama hapusnya agama Allah serta syariatnya dan muncul kekufuran serta kemaksiatan adalah sikap tasyabbuh dengan orang-orang kafir sepertimana asal setiap kebaikan itu ialah bersungguh-sungguh menjaga sunnah Anbiya’ dan syariat mereka.”
Sheikh As-San’ani pula berkata:
"فاذا تشبه بالكافرين فى زي واعتقد أن يكون بذلك مثله كفر، فإن لم يعتقد ففيه خلاف بين الفقهاء: منهم من قال: يكفر، وهو ظاهر الحديث، ومنهم من قال: لا يكفر؛ ولكن يؤدب" [سبل السلام].
Mafumnya: “Apabila seseorang meniru atau menyerupai pakaian orang kafir dan ia beri"tiqad bahawa ia menyerupai si kafir itu maka hukumnya adalah ia jatuh kafir tetapi jika ia tidak beri"tiqad begitu maka berlaku khilaf di kalangan fuqaha’: Ada di kalangan mereka mengatakan tetap kufur berdasar makna zahir hadis dan ada di kalangan mereka menghukumkan tidak kufur tetapi hendaklah dihukum".

3. Kewajipan orang Islam agar tidak menghadiri perayaan mereka Larangan menghadiri perayaan mereka diambil daripada dalil-dalil berikut:-
3.1 Seluruh dalil-dalil yang dikemukakan sebelum ini.
3.2 Ijma’ yang berlaku pada zaman sahabat dan tabien di mana tidak pernah berlaku para sahabat dan tabien hadir dalam perayaan-perayaan orang-orang kafir.
Saidina Umar r.a. pernah meletakkan syarat yang kemudian dipersetujui oleh para sahabat dan fuqaha’ selepasnya bahawa ahli zimmah dari golongan ahli kitab tidak boleh menzahirkan perayaan mereka di dalam negara Islam. Sedangkan ahli kitab sendiri dilarang menzahirkan perayaan mereka, mengapa pula ada orang Islam beria-ia benar untuk mengadakan perayaan ini. Rujuk:
 (ابن تيمية، المتوفى سنة 728 هـ اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة أصحاب الجحيم. دار الحديث بالأزهر ص 109 و110)
 3.3 Kata-kata Saidina Umar r.a:
 وروى البيهقى باسناد صحيح فى باب كراهة الدخول على اهل الذمة فى كنائسهم والتشبه بهم يوم نيروزهم ومهرجانهم: عن سفيان الثورى عن ثور بن يزيد عن عطاء بن دينار قال قال عمر: لا تتعلموا رطانة الأعاجم، ولا تدخلوا على المشركين فى كنائسهم يوم عيدهم؛ فإن السخطة تنزل عليهم" (ابن تيمية، المتوفى سنة 728هـ اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم. دار الحديث بالأزهر ص 178).  
Bermaksud: “Janganlah kamu mempelajari bahasa orang A’jam dan janganlah kamu memasuki gereja orang muysrik pada hari kebesaran mereka kerana kemurkaan Allah sedang menimpa mereka.” Catatan: Larangan mempelajari bahasa asing itu bukanlah larangan secara mutlak tetapi hendaklah ia di fahami sebagai berikut:-
i) Larangan menuturkan perkataan-perkataan A’jam yang langsung tidak diketahui maknanya kerana dikhuatiri ia membawa maksud yang boleh membawa kepada syirik dan sebagainya.
ii) Galakan untuk menutur dan menguasai bahasa Arab kerana ia merupakan syiar Islam. (Penjelasan lanjut mengenai perkara ini boleh di dapati:
(ابن تيمية، المتوفى سنة 728 هـ اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم، دار الحديث بالأزهر ص 180 185)
 3.4 Kata-kata Abdullah b. Umar r.a:
 وروى بإسناد صحيح عن أبى أسامة حدثنا عون عن أبى المغيرة عن عبد الله ابن عمرو قال: "من بنى ببلاد الأعاجم فصنع نيروزهم ومهرجانهم وتشبه بهم حتى يموت وهو كذالك، حشر معهم يوم القيامة" (ابن تيمية، المتوفى سنة 728 هـ اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم، دار الحديث بالأزهر ص 178 185 ).
Mafhumnya: “Barangsiapa yang menetap di negara A’Jam dan mengadakan perayaan nairuz dan Mahrajan serta meniru mereka sehingga ia mati dalam keadaan demikian maka akan dihimpun bersama mereka pada hari qiamat.”
3.5 Ketika memberi komentar terhadap kata-kata Saidina Umar r.a. di atas, Syeikhul Islam Ibn Taimiyah berkata:
 هذا عمر نهى عن تعلم لسانهم وعن مجرد دخول الكنيسة عليهم يوم عيدهم فكيف يفعل بعض افعالهم، أو فعل ما هو من مقتضيات دينهم؟ اليس موافقتهم فى العمل أعظم من الموافقة فى اللغة؟ أوليس عمل بعض أعمال عيدهم أعظم من مجرد الدخول عليهم فى دينهم؟ وإذا كان السخط ينزل عليهم يوم عيدهم بسبب عملهم فمن يشركهم فى العمل أو بعضه اليس قد تعرض لعقوبة ذلك (ابن تيمية، المتوفى سنة 728 هـ اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم. دار الحديث بالأزهر ص 179 )
Mafhumnya: “Umar dengan tegas melarang sekadar untuk mempelajari bahasa mereka (di baca bersama catatan di atas) dan sekadar memasuki gereja mereka pada hari kebesaran mereka bagaimana pula keadaannya jika melakukan perbuatan-perbuatan mereka ataupun melakukan perbuatan yang merupakan tuntutan agama bagi mereka.Bukankan penyerupaan mereka dalam hal amalan lebih besar dari penyerupaan dari sudut bahasa ?Bukankah penyerupaan dari sudut amalan pada hari kebesaran mereka lbih besar dari sekadar masuk ke gereja mereka?Apabila kemurkaan Allah menimpa mereka pada hari kebesaran mereka disebabkan aktiviti perayaan mereka, adakah mustahil orang-orang yang menyertai mereka juga terdedah untuk menerima kemurkaan yang serupa.”
3.6 Beliau seterusnya memberi komentar terhadap kata-kata Ibnu Umar dengan menegaskan:
 )وحشر معهم ) فقال: وهذا يقتضى أنه جعله كافرا بمشاركتهم فى مجموع هذه الأمور، أو جعل ذلك من الكبائر الموجبة للنار، وإن كان الأول ظاهر لفظه". (ابن تيمية، المتوفى سنة 728 ه اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم. دار الحديث بالأزهر ص 179)
Bermaksud: “(Dihimpunkan bersama mereka) Ungkapan ini menuntut hukum kafir dengan menyertai mereka dalam urusan-urusan perayaan mereka atau pun ia adalah satu dosa besar yang akan menjerumuskan ke dalam neraka walaupun pada zahirnya ia lebih sesuai dimaknakan kepada kepada tefsiran yang pertama.”
 4. Larangan menyerupai perbuatan mereka Umat Islam dilarang membuat perkara yang serupa dengan apa yang dilakukan oleh orang-orang kafir ketika menyambut perayaan mereka. Ini dapat diambil dari pandangan-pandangan berikut:-
4.1 Telah berkata Ibn Taimiyah:
"لا يحل للمسلمين أن يتشبهوا بهم فى شيئ مما يختص باعيادهم، لا من طعام، ولا لباس، ولا اغتسال، ولا إيقاد النيران، ولا تبطيل عادة معيشة، أو عبادة، أو غير ذلك. ولا يحل فعل وليمة، ولا الإهداء، ولا البيع بما يستعان به على ذلك؛ لأجل ذلك. ولا تمكين الصبيان ونحوهم من اللعب الذى فى الأعياد، ولا إظهار زينة، وبالجملة ليس لهم أن يخصوا اعيادهم بشيء من شعائرهم، بل يكون يوم عيدهم عند المسلمين كسائر الأيام". (ابن تيمية، المتوفى سنة 728 هـ مجموع الفتاوى. دار الك.
Status Penwartaan:  Tidak Diwartakan
Nombor Rujukan:  MNPk.A351.IST/05/9 Jld2
 -----------------------------------------

[Tambahan daripada AAM].
 “Tidak halal bagi muslimin untuk menyerupai orang bukan Islam dalam sesuatu yang menjadi adat khas bagi perayaan mereka samada dalam  makanan, pakaian, mandi, menyalakan api/lampu, dan membatalkan perkara dan ibadat yang biasa dilakukan pada hari-hari biasa. Juga tidak halal melakukan majlis jamuan (walimah), memberi hadiah dan menjual barang-barang yang digunakan untuk perayaan mereka. Juga jangan biarkan anak-anak kita menyertai permainan yang berkait dengan perayaan mereka juga jangan menzahirkan perhiasan yang berkaitan. Kesimpulannya, jangan sekali-kali terdapat perasaan khusus untuk perayaan mereka, bahkan bagi kaum muslimin adalah hari perayaan mereka itu sama sahaja dengan hari-hari biasa yang lain. [Terjemahan kepada kata-kata Ibnu Taimiyah di atas].
Seperti mana dilarang tasyabbuh dengan menolong dalam perayaan mereka, dilarang juga menolong muslim lain yang tasyabbuh dengan mereka contoh kalau ia dijemput atau dihadiahkan dengan sesuatu hadiah semata-mata kerana meraikan hari berkenaan (perayaan orang kafir) maka tidak wajib menerima jemputan atau hadiah berkenaan.”
Umat Islam juga dilarang untuk menolong muslim lain yang tasyabbuh dengan perayaan-perayaan orang kafir. Ini bermakna sekiranya seorang muslim dijemput untuk menyertai perayaan orang kafir yang dikelola oleh seorang muslim yang lain, maka tidak wajib menerima jemputan itu.
Seorang muslim juga dilarang mengucapkan tahniah atau selamat kepada orang kafir sempena perayaan mereka contohnya “Selamat Menyambut xxx”
Ibn Al Qayyim berkata, “Adapun memberi tahniah dengan syiar kekufuran adalah haram secara ijma’ seperti mengucapkan tahniah kepada sambuan perayaan mereka atau puasa mereka. Sekalipun jika diandaikan pengucapnya tidak kufur tetapi masih melakukan sesuatu yang haram seperti mana jua ia mengucapkan tahniah atas penyembahan salib bahkan lebih besar dosanya daripada ucapan tahniah kepada peminuman arak, pembunuhan, perzinaan dan seumpamanya. Ramai orang yang kurang pengetahuan agama terjebak dalam suasana seumpama itu. Barangsiapa yang mengucapkan tahniah kepada orang lain yang melakukan bid’ah, maksiat atau kekufuran sebenarnya telah mendedahkan dirinya untuk ditimpa kemurkaan Allah S.W.T. Ramai di kalangan ahli wara’ tidak mengucapkan tahniah kepada pemerintah yang zalim, serta orang-orang yang jahil yang menjawat jawatan qadhi, guru dan mufti kerana menjauhkan diri mereka daripada ditimpa kemurkaan Allah S.W.T.”

Beberapa Petikan Lain lihat di:
Majlis Fatwa: Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam;
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-orang-islam-mengucapkan-tahniah-dan-ucapan-selamat-bersempena-perayaan-agama-

PMRAM: Hukum Menyambut Krismas, Adakah Dibenarkan Memberikan Ucapan Kepada Orang Kafir?
http://pmram-manhal.blogspot.com/2010/12/hukum-menyambut-krismas-adakah.html#.TvcwKpsE7fs.facebook

Hentikan Sambutan Tahun Baru Ala Barat:
http://mufakkir-islami.blogspot.com/2010/12/hentikan-menyambut-tahun-baru-masihi.html?spref=bl

Non-Muslim Celebrations:
http://www.islamqa.com/en/cat/2021

Non-Muslim Religious Celebrations and Ruling on participataing:
http://www.islamqa.com/en/ref/books/70

أعياد الكفار:
http://www.islamqa.com/ar/cat/2021

أعياد الكفار وحكم المشاركة فيها
http://www.islamqa.com/en/ref/books/72

Akhukum,
Abu Anas Madani,
PSD. 26 Muharram 1433H- 22/12/2011.