Labels

Friday, December 23, 2011

Hentikan menyambut Tahun Baru Masihi ala Barat!

Untuk penjelasan sila lihat blog Ustaz Abu Haseef  [JazahulLahu Khaira]...di bawah ini:-

Fatwa Ulama’:
Haram Meniru Orang Kafir Menyambut Tahun Baru Masihi.
Hakikatnya para ulama sejak dahulu lagi telah memberi amaran tentang perbuatan meniru gaya orang kafir menyambut Tahun Baru Masihi.
Antaranya Imam al-Suyyuti (wafat 911H) dalam kitab al-Amr bi al-Ittiba’ wa al-Nahy ‘an al-Ibtida’ di bawah tajuk ‘Bid’ah sambutan Tahun Baru Masihi’ – berkata:


Apa yang dilakukan oleh ramai orang pada musim sejuk, dan mendakwa ia adalah hari kelahiran nabi Isa, maka apa yang dibuat pada malam-malam ini daripada perkara-perkara mungkar seperti menghidupkan api, menyediakan makanan, pembelian lilin dan selainnya, maka sesungguhnya mengambil hari-hari kelahiran ini sebagai perayaan, ia adalah agama Nasrani @ Kristian, perkara tersebut tiada asas dalam agama Islam, sambutan hari lahir ini tidak pernah disebut pada zaman salaf terdahulu, bahkan asalnya diambil daripada agama Nasrani @ Kristian, di tambah pula dengan sebab semulajadi, iaitu pada musim sejuk, maka bersempena itu dinyalakan api”.
Para ulama menegaskan bahawa sambutan Tahun Baru Masihi adalah taqlid buta kepada budaya Barat. Keterlaluan dalam menyambutnya melunturkan jati 
diri umat Islam.

Lihat Penjelasan Detail di:
Sila lihat juga: