Daripada Tulisan Dr ‘Aidh Qarni tentang sikap kasar
kita sebahagian orang Islam, orang Arab dan lain-lain berbanding dengan sebahagian orang barat.
(المرعى أخضر
ولكن العنز مريضة) بقلم د. عائض القرني
Aku menulis risalah
ini dari bumi Paris ketika berkunjung ke sana untuk rawatan lutut.
Aku sebenarnya
takut akan tohmahan yang mengatakan aku cenderung kepada Barat, sedangkan aku
menulis tentang mereka dengan penuh kebenaran
dan keinsafan berdasarkan penelitian dan pemerhatianku.
Demi Allah!
Sesungguhnya debu-debu pada kasut Nabi Muhammad bin Abdullah sollallahu ‘alaihi
wasallam adalah lebih ku cintai dari seluruh bumi Amerika dan Eropah
dihimpunkan bersama.
Tetapi, mengakui
dan mengiktiraf kebaikan orang lain bukanlah suatu yang tercela bahkan ianya
merupakan manhaj al-Quran.
Firman Allah Ta'ala:
ليسوا سواء من أهل
الكتاب أمة قائمة
Maksudnya: "Ahli-ahli
Kitab itu tidaklah sama. Di antaranya ada golongan yang (telah memeluk Islam
dan) tetap (berpegang kepada agama Allah yang benar)..." [Ali Imraan: 113].
Ketika aku berada
di Paris, selain merujuk kes kesihatanku dengan para doktor, aku sempat melawat
beberapa buah perpustakaan serta melihat dan memerhati gelagat masyarakat di
sana. Aku perhatikan pergaulan dan hubungan sesama mereka. Sepanjang itu, aku
mendapati wujudnya nilai kesenian sebuah tamadun, tabiat yang indah, jiwa yang
lembut, kemesraan sebuah pertemuan, adab yang baik dengan yang lain, tona suara
yang tenang, hidup yang kemas tersusun, janji yang ditepati dan ketertiban dalam
urusan hidup seharian!
Ghuraba ( Strangers ) Golongan Yang Membela Kebenaran.
Lantas terlintas
persoalan di benakku...
Bagaimana pula
halnya dengan kita semua warga Arab?
Ibn Khaldun
rahimahullah telah mendahuluiku dengan menyifatkan kita (bangsa Arab) dengan
sikap perengus dan kasar.
Walaupun begitu,
aku masih berbangga menjadi seorang Arab dek kerana Al-Quran itu berbahasa Arab
dan Nabi Muhammad s.a.w juga seorang Arab.
Jika tidak kerana
Wahyu itu yang telah mendidik dan mengasuh para pengikutnya, nescaya kita semua
masih berada di takuk lama tatkala manusia menyembah berhala Hubal, Lata, Uzza
dan Manat yang ketiga dan sekeliannya!
Namun, kita masih
lagi punya jiwa yang kering, hambar dan keras mengikut kadar jauhnya kita dari
mengamalkan Syariat yang suci.
Kita adalah
masyarakat yang pemarah, bengis dan perongos...kecuali mereka yang dirahmati
Allah (maka mereka bebas dari sikap itu).
Lihat sahaja
sebahagian para masyaikh (guru) dan penuntut ilmu termasuk diriku. Kita
kekeringan akhlak yang sempurna, punya nilai diri yang rendah. Terlalu kusam
akhlaknya sehinggakan jika ditanya tentang sesuatu kepada sebahagian mereka menyambut
persoalan itu dengan masam muka, berpaling dengan tiada menunjukkan minat dan
penuh dengan sikap tidak endah.
Para petugas
keamanan dari kalangan tentera misalnya. Mereka bersikap sangat kasar dan bengis
ketika bertugas. Dengan pakaian seragam mereka itu, menaikkan lagi keangkuhan
dan keegoan di khalayak awam.
Dari kalangan para
suami pula, berlagak dan berani tidak bertempat. Bengis dan tegas, menakutkan
dan menggerunkan bak singa tatkala berhadapan dengan para isteri. Tetapi bila
di luar sana sangat lemah lembut, sopan dan mesra alam pula sifatnya!
Tidak ketinggalan juga
para isteri. Sebahagiannya umpama kala jengking yang menyengat dan ular yang
berbisa!
Begitu juga di
kalangan para penjawat awam yang memikul amanah rakyat. Perwatakan mereka
persis Namrud bin Kan'aan. Penuh takabbur dan sombong. Bila menyapa seringkali
mereka berasa hebat. Tatkala duduk di khalayak ramai mereka seolah-olah
bertambah mulia dan gah dengan jawatan yang dipegangnya.
Pegawai-pegawai
polis seringkali berbicara dengan bahasa yang kesat, pedih dan menyakitkan.
Para ustaz dan guru
sangat tawar dan hambar dengan para pelajar....
Sesungguhnya semua
ini menyebabkan kita sangat perlu kepada perubahan. Kita berhajat kepada sebuah
sekolah khusus (Maahad Tadrib Latihan) mendidik manusia tentang akhlak mulia.
Kita sangat
berhajat kepada institusi yang mampu melahirkan para penjawat awam yang punya
perwatakan penuh rahmat, kasih sayang, sopan santun dan tawadhuk.
Kita berhajat
kepada sebuah markaz melatih para tentera bersopan dengan masyarakat awam.
Kita perlukan kolej
khas dan bengkel yang mampu mengajar para suami dan isteri seni kehidupan
berumahtangga.
Umat hari ini
ternyata perlu kembali kepada perlaksanaan Syariat yang tuntas dan tepat agar
dapat kita keluar dari belenggu kehambaran dan kekerasan jiwa yang jelas
terlihat kusamnya di wajah dan pergaulan kita.
Di Negara-negara
Arab seringkali kamu akan bertemu dengan masyarakatnya yang berwajah seolah-olah penuh debu dilitupi
warna hitam dan gelap gelita kesan dari tekanan, sikap takabbur, bongkak,
dongkol, bebal dan keluh kesah.
Kita sebenarnya
telah menyempitkan diri kita sendiri, manusia dan kehidupan seluruhnya!
Kerana itu kita
akan mendapati sikap pengguna jalanraya yang melanggar peraturan lalulintas,
menjadi sebab kesesakan dan seringkali bertikam lidah, berbalah dan berkelahi
sesama sendiri.
Keadaan dan tabiat
ini telah dipersetujui akan sebabnya oleh teman-teman para pendakwah tatkala
soalanku kepada mereka:
"Apakah
puncanya semua ini?" Lalu jawab mereka :
الحضارة ترقق الطباع!
"Ketamadunan yang telah melembutkan tabiat
kemanusiaan."
Berbeza halnya di
sini (Perancis). Jika kita bertanyakan arah jalan kepada seorang warga
Perancis, dia akan segera keluar dari kenderaannya dengan membawa sebuah peta
menuju ke kereta kita. Setelah itu dia akan menerangkan semuanya dengan jelas
sedang kita masih berada di kerusi pemandu di dalam kereta kita.
Tatkala kita
berjalan di sebuah laluan, lalu hujan mulai turun. Anda akan mendapati
seseorang akan membuka payung untuk melindungi kita dari terkena hujan.
Begitu juga
misalnya ketika sedang berebut atau bersesak di hadapan pintu masuk hotel
mahupun hospital, pasti akan ada insan yang memberi laluan diiringi kata-kata
yang penuh sopan dan menyenangkan.
(Di Paris) Ku lihat banyak hadis-hadis Nabi s.a.w diamalkan dan
direalisasikan. Erti dan kehormatan yang berbalas, bahasa yang sopan dan gaya
hidup bertamaddun khasnya dalam aspek pergaulan dan perhubungan sesama manusia.
Sedangkan jika
ingin dibandingkan dengan warga tanah Arab, ternyata berbeza. Jika sedang
marah, pasti akan diselangi dengan kata-kata laknat, caci-maki, cercaan dan
hinaan. Ke mana hilangnya manhaj Al-Quran yang mengajar kita dengan ayat- ayat seperti:
«وقل لعبادي
يقولوا التي هي أحسن » ،
Maksudnya: {Dan
katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hamba-Ku (yang beriman), supaya mereka
berkata dengan kata-kata yang amat baik...}. [Al-Israa': 53].
« وإذا خاطبهم الجاهلون
قالوا سلاما » ،
Maksudnya: {Apabila
orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka,
mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak
diingini.} [Al-Furqan: 63]
« فاصفح الصفح
الجميل »
Maksudnya: {...serta
layanlah mereka dengan cara yang elok.} [Al-Hijr: 85]
« ولا تصعّر خدّك للناس ولا تمش في
الأرض مرحاً إن الله لا يحب كل مختال فخور، واقصد في مشيك واغضض من صوتك إن أنكر
الأصوات لصوت الحمير»
Maksudnya: {Dan
janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia,
dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya
Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan
diri. Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu
(semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai}. [Luqman:
18 -19].
Begitu juga
sebagaimana di dalam Hadith:
وفي
الحديث: « الراحمون يرحمهم الرحمن »
"Orang-orang yang mempunyai rahmat (kasih sayang) akan
dirahmati dan disayangi Ar-Rahman." [HR: Abu Daud]
و «
المسلم من سلم المسلمون من لسانه ويده »
"Seorang muslim itu adalah orang yang selamat orang Islam
yang lain dari bahana lidah dan tangannya." [Muttafaq Alaih].
و «
لا تباغضوا ولا تقاطعوا ولا تحاسدوا»
"Janganlah
kamu bermusuh, janganlah berhasad dengki, jangan menjadi batu api, jangan
memutuskan silaturrahim. Jadilah kamu semua hamba Allah yang bersaudara."
[Muttafaq Alaih].
Kita punya Syariat
yang bersifat Rabbani lagi penuh keberkatan namun sangat lemah perlaksanannya.
Telah berkata
seorang cendiakawan India :
المرعى أخضر ولكن العنز مريضة
"Padang ragut subur tetapi malang kambingnya pula sakit."
Akhirnya aku bermohon
agar sesiapa sahaja yang membaca risalahku ini perlu berusaha sedikit demi
sedikit membuat perubahan sikap dan paradigma. Ubahlah sikap sesama masyarakat
sekeliling, keluarga, manusia seluruhnya samada Islam atau lainnya.
Wajib atas kita
memperbaiki hubungan dan meningkatkan kualiti pergaulan dengan manusia...kerana
kitalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia...
Alihbahasa: Abu
Fatih Al-Mubaraki.
Dibaca oleh: Abu Anas
Madani.
Pondok Sungai
Durian.
Tarikh: 3 Muharram
1435H – 7/11/2013.
(المرعى أخضر ولكن العنز مريضة)
بقلم
د. عائض القرني
أكتب هذه المقالة من باريس في رحلة علاج الركبتين
وأخشى أن أتهم بميلي إلى الغرب وأنا أكتبُ عنهم شهادة حق وإنصاف ، ووالله إن غبار حذاء
محمد بن عبد الله ( صلى الله عليه وسلم ) أحبُ إليّ من أميركا وأوروبا مجتمِعَتين .
ولكن الاعتراف بحسنات الآخرين منهج قرآني ، يقول تعالى:
« ليسوا سواء من أهل الكتاب أمة قائمة ».
وقد أقمت في باريس أراجع الأطباء وأدخل المكتبات وأشاهد
الناس وأنظر إلى تعاملهم فأجد رقة الحضارة ، وتهذيب الطباع ، ولطف المشاعر ، وحفاوة
اللقاء ، حسن التأدب مع الآخر ، أصوات هادئة ، حياة منظمة ، التزام بالمواعيد ، ترتيب
في شؤون الحياة !
أما نحن العرب ؟؟؟
فقد سبقني ابن خلدون لوصفنا بالتوحش والغلظة ، وأنا
أفخر بأني عربي؛ لأن القرآن عربي والنبي عربي ، ولولا أن الوحي هذّب أتباعه لبقينا
في مراتع هبل واللات والعزى ومناة الثالثة الأخرى . ولكننا لم نزل نحن العرب من الجفاء
والقسوة بقدر ابتعادنا عن الشرع المطهر.
نحن مجتمع غلظة وفظاظة إلا من رحم الله !
فبعض المشايخ وطلبة العلم وأنا منهم جفاة في الخُلُق
، وتصحّر في النفوس ، حتى إن بعض العلماء إذا سألته أكفهرَّ وعبس وبسر!
الجندي يمارس عمله بقسوة ويختال ببدلته على الناس !
ومن الأزواج زوج شجاع مهيب وأسدٌ هصور على زوجته وخارج
البيت نعامة فتخاء!
ومن الزوجات زوجة عقرب تلدغ وحيّة تسعى !
من المسؤولين من يحمل بين جنبيه نفس النمرود بن كنعان
كِبراً وخيلاء حتى إنه إذا سلّم على الناس يرى أن الجميل له ، وإذا جلس معهم أدى ذلك
تفضلاً وتكرماً منه
الشرطي صاحب عبارات مؤذية!
الأستاذ جافٍ مع طلابه !
فنحن بحاجة لمعهد لتدريب الناس على حسن الخُلُق !
وبحاجة لمؤسسة لتخريج مسؤولين
يحملون الرقة والرحمة والتواضع!
وبحاجة لمركز لتدريس العسكر اللباقة مع الناس !
وبحاجة لكلية لتعليم الأزواج والزوجات فن الحياة الزوجية!
المجتمع عندنا يحتاج إلى تطبيق صارم وصادق للشريعة
لنخرج من القسوة والجفاء الذي ظهر على وجوهنا وتعاملنا !
في البلاد العربية يلقاك غالب العرب بوجوه عليها غبرة
ترهقها قترة ، من حزن وكِبر وطفشٍ وزهق ونزق وقلق
ضقنا بأنفسنا وبالناس وبالحياة!
لذلك تجد في غالب سياراتنا عُصي وهراوات لوقت الحاجة
وساعة المنازلة والاختلاف مع الآخرين ، وهذا الحكم وافقني عليه من رافقني من الدعاة
، وكلما قلت: ما السبب ؟
قالوا: الحضارة ترقق الطباع !
نسأل الرجل الفرنسي عن الطريق ونحن في سيارتنا فيوقف
سيارته ويخرج الخارطة وينزل من سيارته ويصف لك الطريق وأنت جالس في سيارتك !
نمشي في الشارع والأمطار تهطل علينا فيرفع أحد المارة
مظلته على رؤوسنا!
نزدحم عند دخول الفندق أو المستشفى فيؤثرونك مع كلمة
التأسف.
أجد كثيراً من الأحاديث النبوية تُطبَّق هنا ، احترام
متبادل ، عبارات راقية ، أساليب حضارية في التعامل.
بينما تجد أبناء يعرب إذا غضبوا لعنوا وشتموا وأقذعوا
وأفحشوا ، أين منهج القرآن: «وقل لعبادي يقولوا التي هي أحسن » ، « وإذا خاطبهم الجاهلون
قالوا سلاما » ، « فاصفح الصفح الجميل »
« ولا تصعّر خدّك للناس ولا تمش في الأرض مرحاً إن الله
لا يحب كل مختال فخور ، واقصد في مشيك واغضض من صوتك إن أنكر الأصوات لصوت الحمير»
وفي الحديث: « الراحمون يرحمهم الرحمن »
و « المسلم من سلم المسلمون من لسانه ويده »
و « لا تباغضوا ولا تقاطعوا ولا تحاسدوا»
عندنا شريعة ربّانيّة مباركة لكن التطبيق ضعيف.
يقول عالم هندي:
(المرعى أخضر ولكن
العنز مريضة)
اتمنى ممن قرأ هذه الرسالة أن يغير من تعامله ولو
الشيء اليسير .مع المجتمع من حوله،مع أهله، مع جميع الناس، مسلم أو غيره .
يجب أن نرتقي بتعاملنا مع الناس.
فنحن خير أمة أخرجت للناس...