Labels

Friday, February 3, 2012

PENENTUAN TARIKH LAHIR NABI SAW DAN KEPENTINGAN MEMAHAMI SIRAH.


بسم الله الرحمن الرحيم، الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن سار على نهجه إلى يوم الدين، وبعد.
 

PENENTUAN TARIKH LAHIR NABI SAW.

A)     Tahun Kelahiran:
1-      Pendapat yang masyhur ialah Nabi saw dilahirkan pada tahun Gajah (Aam al-Fil).
2-       Dikatakan setahun selepas tahun Gajah. Ada juga 40 hari selepasnya atau 50 hari selepasnya.
3-      Ada juga yang mengatakan 10 tahun, 23 tahun dan 30 tahun selepas tahun Gajah.
Menjelaskan perbezaan yang ketara ini, al-Imam az-Zahabi mengatakan: “Berkata Abu Ahmad al-Hakim: Nabi saw dilahirkan 30 hari selepas tahun Gajah, sebagaimana pendapat sebahagian ulama'. Katanya lagi, Nabi dilahirkan 40 hari selepas tahun Gajah. Seterusnya, az-Zahabi mengatakan bahawa kesilapan yang berlaku pada mereka yang mengatakan 30 atau 40 tahun, seolah-olah mereka ingain mengatakan hari (yauman) bukan tahun (‘aaman).
Kata as-Suhaili dan Ibnu Kathir: Itulah pandangan yang paling masyhur (Baginda dilahirkan pada tahun Gajah).

Wednesday, February 1, 2012

41 Kelebihan Nabi SAW Mengatasi Para Anbiya' Yang Lain.


الكتاب : بداية السول في تفضيل الرسول صلى الله عليه وسلم
    المؤلف : العلامة عزالدين عبد العزيز بن عبد السلام السلمي

Nama Kitab: Bidayah Al-Sull Fi Tafdhil Al-Rasul SAW.
Ertinya: Persoalan awal tentang Kelebihan Rasulullah SAW.

Penulis: Sheikh Izzuddin Abdul Aziz bin Abdul Salam.

Biodata Penulis, sila lihat: [ http://www.abuanasmadani.com/?p=82 ]
Lihat Video Lengkap Syarah Kitab ini Oleh Abu Anas; 
Siri 1: http://vimeo.com/21858910
Siri 2: http://vimeo.com/21860599

Monday, January 30, 2012

Nasyid Komteporari: Antara Pro dan Kontra.


Wawancara dengan Risalah Al-Syariah (Bil. 7 – Muharram-Safar 1431H / Januari-Feb 2010M) Diterbitkan oleh Jabatan Al-Syariah, KIAS.
Di bawah ini adalah teks asal jawapan Abu Anas mengenai “Nasyid Komteporari: Antara Pro dan Kontra”.

Soalan Wawancara Risalah Al-Syariah bil. 7.

1. Manusia memerlukan hiburan dalam kehidupan seharian. Namun dalam memilih hiburan yang ada pada hari ini, manusia kerapkali terjerumus ke dalam perkara-perkara yang haram. Hal ini termasuklah dalam memilih lagu-lagu nasyid. Apakah dalil-dalil yang menyebut tentang hukum mendengar lagu dalam Islam?

J: Islam merupakan agama yang sesuai dengan fitrah kejadian manusia. Tidak ada satu pun dalam ajaran Islam yang bertentangan atau tidak sesuai untuk dijadikan amalan dalam kehidupan kita.
Manusia sebagai makhluk yang dianugerahkan Allah s.w.t dengan naluri kejiwaan dan perasaan sememangnya memerlukan kepada sesuatu yang boleh memberi ketenangan, kerehatan minda dan keseronokan. Sehubungan dengan itu, hiburan melalui nyanyian telah menjadi salah satu medan atau platform yang paling popular dalam memenuhi tuntutan tersebut.