Labels

Friday, December 23, 2011

Hentikan menyambut Tahun Baru Masihi ala Barat!

Peringatan Jangan Sampai Terjebak Dengan Meniru Perbuatan Orang Kafir 
Dalam Menyambut 1 Januari (Tahun Baru Masehi).

Thursday, December 22, 2011

Hukum Menyerupai / Merayakan Perayaan Orang Kafir.

 Hukum Menyerupai / Merayakan Perayaan Orang Kafir.



Tarikh Keputusan:  14 Mar, 2004
Keputusan:
KEPUTUSAN JAWATANKUASA SYARIAH Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Perak yang bersidang pada 19 Muharam 1425 bersamaan 11 Mac 2004 buat kali ke 162 telah membuat keputusan bahawa:
“Merayakan /menyerupai perayaan orang kafir adalah haram”.

Wednesday, December 21, 2011

Buku Baru Abu Anas Madani: KEINDAHAN ISLAM


بسم الله الرحمن الرحيم
 Alhamdulillah Kitab Mahasin Al-Islam  "محاسن الإسلام" (Keindahan Islam) ini telah selamat diterbitkan dan kini sudah berada dipasaran.

Kitab ini menerangkan tentang keindahan Syariah Islam di dalam seluruh perintah dan larangannya, dari segi keimanan, ibadat, kekeluargaan, muamalat, jenayah, hubungan antara rakyat dengan pemerintah dan akhlak yang mulia. Selain menjelaskan perintah dan larangan tersebut ia juga menceritakan faedah-faedah, hikmah-hikmah, maslahat-maslahat dan pelbagai manfaat kepada manusia di sebalik pensyariatannya.
Semoga ianya memberi faedah kepada para pembaca dan seluruh umat Islam untuk merungkai secebis rahsia yang amat indah ini agar bertambah keimanan dan keyakinan terhadap kesempurnaan Syariah Islamiyyah.
Buku ini juga diharapkan dapat memberi kesedaran dan kefahaman kepada golongan yang menentang, mempertikai dan memandang remeh terhadap perlaksanaan Syariah Allah SWT, samada dalam masalah perundangan, muamalat dan kekeluargaan.

Ia mempunyai kelebihan dan kekuatan sendiri, seperti:
1)      Kupasan sesuatu tajuk menggunakan bahasa yang mudah,
2)      Perbincangan disertakan dengan dalil dari al-Quran dan Hadis.
3)      Tajuk yang menyentuh semua aspek penting dalam kehidupan seorang muslim.
4)      Memperlihatkan keindahan dengan baik dan lengkap.
5)    Menjawab persoalan yang kritikal yang menjadi tohmahan bagi orang yang tidak memahaminya.

Dapatkan buku ini dipasaran atau sila lawati: www.dartaibah.com

Harga RM36 + harga Pos Ekspress RM7. = RM43.




Tuesday, December 20, 2011

Tidak Patut Bagi Seorang Muslim Memakai Baju Sukan Kelab Bukan Islam.


Tidak Patut Bagi Seorang Muslim Memakai Baju Sukan Kelab Bukan Islam.
Dr. Abdullah As-Sulami, Dalam Program “Al-Jawab Al-Kafi” Dalam Channel “Al-Majd” Pada 20/1/1433h.

 Apakah hukum Memakai Baju Yang Ada Lambang Kelab Sukan?
“Pakaian Sukan sekiranya dipakai dibahagian dalaman dan kelab sukan dari negara Islam, maka tidak mengapa, insya’Allah.
Sekiranya kelab itu adalah bagi Orang bukan di atas petunjuk Islamdan bukan dari orang beragama Islam, maka saya berpandangan: Tidak sepatutnya dipakai”, kerana mungkin orang itu akan membesarkannya. Saya pernah melihat sebahagian pemuda dan orang dewasa apabila memakai pakaian pemain yang masyhur, atau pemain barat yang masyhur, mungkin mereka dapat menyumbat gol ketika bermain dia akan mengambil nombornya dan menciumnya, atau mengambil namanya dan menciumnya, ini merupakan cara membesarkannya yang tidak sepatutnya, dan tidak patut bagi seorang muslim melakukan sedemikian itu. Maka untuk menghilangkan keraguan, tidak patut memakainya.

Sunday, December 18, 2011