Labels

Friday, December 18, 2015

KELEBIHAN MEMILIKI & MENJAGA ANAK PEREMPUAN.

بسم الله الرحمن الرحيم
Kita semua maklum bagi masyarakat Jahiliyah sebelum kedatangan Islam, mendapat anak perempuan merupakan satu musibah kepada keluarga kerana dianggap mendatangkan sial dan memalukan keluarga. Hatta ada yang  sanggup membunuh dan menanam hidup-hidup anak perempuan demi menjaga maruah keluarga.

Tetapi alhamdulillah dengan kedatang Islam, persepsi dan kepercayaan ini berubah. Anak tanpa mengira jantina, adalah anugerah Allah dan harta kita untuk dunia dan akhirat, sekiranya kita berjaya mendidik mereka menjadi anak yang soleh dan solehah.


Bahkan Islam begitu mengambil berat dalam cuba menghapuskan kepercayaan dan  kefahaman salah ini.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan karenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”
Seorang lelaki bertanya, “Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”
Sabda Baginda, “Juga untuk dua anak perempuan.”
Seorang lelaki berkata, “Atau untuk seorang wahai Rasulullah?”
Rasulullah s.a.w menjawab, “Juga untuk seorang.” [HR Ahmad dan Al-Hakim].

Bahkan terdapat juga hadis yang menceritakan bersamanya tentang kelebihan memelihara saudara perempuan.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
 “Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka,melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.” [HR Al-Bukhari].

Daripada Aisyah r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:
“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.” [HR Bukhari, Muslim dan at-Tirmizi].

Rasulullah s.a.w  bersabda lagi:
“Takutlah kamu kepada Allah s.w.t dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita.” [HR Muslim]

KELEBIHAN MEMILIKI ANAK PEREMPUAN SULUNG.
Malangnya kelebihan tentang perempuan ini telah ditokok tambah dengan pelbagai hadis rekaan dan palsu yang tidak sahih sumber dan asalnya.
Antaranya yang terbaru pula ialah yang menyebut tentang kelebihan mendapat anak pertama, anak sulung  perempuan.
Hadis ini adalah tidak sahih bahkan disebut sebagai amat dhaif.

Untuk menentukan jantina anak bukan kuasa kita ianya ditentukan oleh Allah Azza wa Jalla. Kita hanya mampu berdoa mahu anak lelaki atau perempuan.
Bagi sesiapa saja yang mempunyai anak, yang pentingnya ialah zuriat yang soleh-solehah penyejuk mata penyeri hidup di dunia ini, dan menjadi amalan berterusan yang menambahkan pahala setelah kita mati nanti insya' Allah.

Lihat: http://www.alimam.ws/ref/2746  - فضل تربية البنات
Ummu Anas Madani. PSD.

Jumaat 6 R. Awal 1437H - 18/12/2015.


AAM, Keindahan Islam (22); 10 Hak Hak Wanita Dalam Syariat Islam Yang Perlu diketahui Oleh Semua Masyarakat.



Beberapa Hadis Yang Tidak Sahih Tentang Wanita.



Kesalahan


AAM; Larangan Berhias; Jenis Pakaian Ahli Neraka, Nipis & Menampakkan Bentuk Tubuh.

DR AAM; Tanggungjawab Terhadap Ahli Keluarga, Jaga Aurat & Pakaian Patuh Syarak

Muqaddimah Mestika [06]; Golongan Yang Meniru Amalan Orang kafir; Dalam Akidah, Perbuatan, Pakaian dan lain-lain perbuatan.