Labels

Thursday, August 16, 2012

Syarah Kitab Maqasid as-Saum (Himah Puasa) 4 Siri.


Buku ini ringkas dan padat serta sangat bernilai kerana ia ditulis oleh seorang ulama mazhab asy-Syafi’i yang terkenal iaitu Imam Izzuddin bin Abd. Aziz bin Abd. Salam as-Sulami. Beliau dikenali sebagai Sultanul Ulama.
Risalah ini menghimpunkan maqasid puasa dalam sepuluh bab yang merangkumi perbincangan mengenai kewajipan puasa, fadilat, adab-adab, perkara yang perlu dijauhi, lailatulqadar, iktikaf, puasa sunat dan hari-hari yang dilarang berpuasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu untuk berpuasa sebagaimana yang telah diwajibkan ke atas orang-orang terdahulu daripada kamu agar kamu bertaqwa.”
Buku ini telah diterjemahkan oleh Sahabat Saya, Ustaz Nik Abdul Rahim dan diterbitkan oleh Telaga Biru Sdn. Bhd. http://www.telagabiru.net.my/v2/index.php?


Siri 1: Tazkirah Ramadhan 1433: Syarah Kitab Maqasid Al Saum (1) Fadhilat & Hikmah Puasa..

Siri 2: Tazkirah Ramadhan 1433; Syarah Kitab Maqasid  Al Saum (2) 6 Adab Puasa & 5 Larangan.
Siri 3: Tazkirah Ramadhan 1433; Syarah Kitab Maqasid Al Saum (3) Lalilatul Qadr, Iktikaf & Tilawah Quran.

Siri 4: Tazkirah Ramadhan 1433; Syarah Kitab Maqasid Al Saum (4) Puasa Sunat & Hari-hari yang dilarang berpuasa. 

----

Kuliah Yang Berkaitan:
Ktbh Ramadhan 1432 1 Maqasid dan Hikmah Puasa

Maqasid Matlamat Puasa di Machang 1432H