بسم الله الرحمن
الرحيم،
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله وسلم وبارك
على عبده ورسوله، نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين، وبعد،
Alhamdulillah segala puji dan syukur saya rafa’kan kepada Allah,
Penguasa alam semesta ini yang telah memberikan kepada kita nikmat hidayah dan
taufiq ke jalan yang diredhai-Nya.
Iaitu jalan dan petunjuk yang dibawa oleh Nabi SAW yang digelari “Rahmatan
lil ‘aalamin”. Semua jalan tertutup untuk menuju ke Syurga melainkan
jalannya. Dialah pemilik Syafaat al-‘Uzma pada hari Kiamat kelak.
Rentetan dari banyak berlaku perkara atau fenomena dalam masyarakat
kita yang dibuat secara perhimpunan mega atas nama cinta Nabi SAW yang belum ada seperti itu dibuat oleh para ulama’
atau tuan-tuan guru kita di pondok atau di masjid.
Maka masyarakat tertanya-tanya
tentang perkara tersebut seolah-olah ianya suatu perkara yang disepakati
(ijma’) oleh para ulama’ tentang kebaikannya.
Ada yang disebut “MADAD”
atau “Ya Hana-na” maka masyarakat awam melaungkannya dengan tidak
tahu apa maksud, makna dan seterusnya. Mereka ikut rentak lagu yang merdu diiringi
dengan paluan dan gemercingan alatan, yang memang menjadi kebiasaan naluri
manusia sukakan kemerduan dan bunyian yang mengasyikkan..
Untuk menyatakan kepada
masyarakat bahawa perkara ini ada bantahannya dan ada perbincangannya di
kalangan para ulama’ Islam Ahlussunnah wal Jamaah, maka ana share di FB satu
penjelasan atau pandangan sebahagian ulama seperti di bawah ini (yang
sememangnya sudah tersebar di internet di zaman dunia globalisasi ini ilmu dan
maklumat sukar untuk disembunyikan).
Dr Abu Anas
Madani 16
August ·
Petikan
pandangan di bawah ini ada rujukannya.
Sekiranya
anda ada pandangan lain boleh bincang secara baik, ilmiah berdasarkan fakta
yang sahih.
((Assalamualaikum
warahmatullahi wa barakatuh.
Telah
tersebar qasidah yang berbunyi:
“Al-Madad,
Al-Madad, Al-Madad Ya Rasulallah. Yang diterjemahkan: Pertolongan mu,
pertolongan mu, pertolongan mu Ya Rasulullah.”
Apa
maksud Madad?
[n]
help, aid • مَدَد
(ج. أَمْدَاد) [اسم] عون
[n/src]
help, assistance . إِمْدَاد (ج. إِمْدَادَات)[اسم\مص.] معونة
[n/src]
equipping, providing .[اسم\مص.[تزويد
Di
sini, Al-Kahfi membawakan kepada pembaca fatwa-fatwa para ilmuan Islam
berkaitan hal ini:
1)Fatwa Islamweb.net
Fatwa
no: 230005
Tajuk: حكم قول: مدد يا رسول الله،
دون قصد الاستغاثة
Hukum
berkata: Madad Ya Rasulullah tanpa niat memohon pertolongan (kepada Baginda
sallallahu ‘alaihi wasallam selepas kewafatannya)
Soalan:
ما حكم قول: مدد يا رسول الله، دون قصد الاستغاثة
أو طلب العون؟ وما حكم من قالها جاهلا معناها؟
Apakah
hukum berkata: Madad Ya Rasulullah tanpa niat memohon pertolongan? Apa pula
hukumnya orang yang berkata demikian kerana tidak faham maksudnya.
Jawapan:
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله
وصحبه، أما بعد: فإن طلب المدد من الأموات عموما، إنما هو دعاء لغير الله تعالى، وهو
شرك. وانظر الفتوى رقم: 41011 وما أحيل عليها. وإن كان القائل لا يقصد الاستغاثة، ولا
طلب العون، فماذا يقصد إذن؟!
Memohon
pertolongan daripada si mati secara umumnya sesungguhnya ia adalah bentuk doa
kepada selain Allah. Ia syirik. Seandainya yang berkata tidak bermaksud mahu
memohon pertolongan, lalu apa tujuan sebenarnya?
وعموما فمن قال ذلك وهو يجهل معناه، أو يجهل حكمه،
فإنه يعذر بجهله حتى تقام عليه الحجة؛ كما سبق في الفتوى رقم: 172957
Umumnya,
sesiapa yang menyatakan perkataan itu dalam keadaan jahil kepada maksudnya atau
jahil kepada hukumnya, sesungguhnya dia diberikan keuzuran atau kebodohannya
sehingga ditegakkan hujah kepadanya.
2) http://fatwa.islamweb.net/fatwa/index.php?page=showfatwa&Option=FatwaId&Id
=230005 Fatwa No: 41011
ما حكم من يقول: مدد يا رسول الله، أدركني يا رسول
الله، يا رسول الله ادع لنا، ويعتقدون أن رسول الله حي يزورهم؟
Apakah
hukumnya berkata: Tolonglah kami ya Rasulullah, tunaikan permintaan kami ya
Rasulullah, ya Rasulullah berdoalah untuk kami, dan beri’tiqad bahawa
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam masih hidup dan menziarahi mereka?
Jawapan:
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله
وصحبه أما بعد:
فإن قول القائل “يا رسول الله، وأدركني يا رسول
الله” هو من الدعاء الصريح لغير الله، وذلك كفر مخرج من الملة، فالله تعالى شرع لعباده
أن يعبدوه ولا يشركوا به شيئا، فلا يدعى إلا الله، ولا ينذر إلا لله، ولا يستغاث بغير
الله، ولا يركع ولا يسجد إلا له… والدعاء والاستغاثة من أشرف العبادات، لاشتمالها على
الذل والخضوع.
Sesungguhnya
perkataan: Tolonglah kami ya Rasulullah, tunaikan permintaan kami Ya
Rasulullah, merupakan doa kepada selain Allah. Ia merupakan kekufuran yang
mengeluarkan daripada agama Allah. Allah mensyariatkan kepada hamba-hamba-Nya
untuk menyembah-Nya dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun. Tidak
dipohon doa kecuali kepada Allah, tidak dilakukan nazar kecuali kerana Allah,
tidak memohon pertolongan selain daripada Allah, tidak rukuk dan sujud selain
kepada-Nya. Doa dan istighasah (memohon pertolongan) merupakan semulia-mulia
ibadat kerana ia merangkumi sifat merendah diri dan tunduk.
روى أحمد والترمذي وأبو داود وابن ماجه من حديث
النعمان بن بشير أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: الدعاء هو العبادة. وقرأ: وَقَالَ
رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ [غافر: 60].
وانظر المزيد في الفتوى رقم: 27752.
Imam
Ahmad, at-Tirmizi, Abu Daud dan Ibn Majah meriwayatkan hadis an-Nu’man bin
Basyir bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam berkata: “Doa itu ibadah,
kemudian membaca: Tuhan kalian berkata: Mintalah kepada Ku, nescaya Aku
perkenankan.”
وأما عن حياة رسول الله صلى الله عليه وسلم فإنه
حي عند الله حياة لا كالحياة الدنيوية، فالله تعالى إذ اصطفى طائفة من خلقه بأن صيرهم
بعد الموت أحياء عنده، كما قال تعالى: وَلا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ
اللَّهِ أَمْوَاتاً بَلْ أَحْيَاءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ [آل عمران:169]. فرسول
الله صلى الله عليه وسلم أولى بالاصطفاء، لأنه أفضل خلق الله،
Adapun
kehidupan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, maka hidupnya di sisi Allah
tidak seperti kehidupan di dunia. Sesungguhnya Allah apabila memilih sekelompok
daripada makhluk-Nya dengan membuatkan mereka hidup di sisi-Nya selepas
kematian mereka. Sebagaimana firman Allah: {Janganlah kalian menyangka mereka
yang terbunuh di jalan Allah mati, bahkan mereka hidup di sisi Tuhan mereka dan
mereka diberika rezeki.} [Ali 'Imran : 169].
Maka
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam lebih utama untuk terpilih kerana Baginda
sallallahu ‘alaihi wasallam merupakan makhluk Allah yang paling afdhal.
ولكن حياته لا تعني أنه يزور الناس في أماكنهم أو
يحضر جلساتهم وأذكارهم ويدعو لهم، إذ لو جاز أن يفعل شيئا من ذلك، لفعله مع صحابته
وخلفائه وهم أفضل أمته وأعز الخلق عليه. والله أعلم.
Tetapi
hidupnya tidak bermaksud Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam akan menziarahi
manusia di tempat mereka, atau menghadiri majlis-majlis mereka, lalu berdoa
untuk mereka. Seandainya Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam boleh melakukan
hal ini, nescaya Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam akan melakukannya
bersama-sama sahabat-sahabatnya, khalifah-khalifahnya kerana mereka adalah
umatnya yang paling utama dan paling dicintai olehnya.
Ekoran dari itu tersebarlah suatu artikel yang bertajuk “Hukum Mengucapkan
Madad Ya Rasulullah: Pencerahan Buat Abu Anas Madani” pada 17/08/2014 oleh team
aswj-rg
“Artikel
pada kali ini kami merespon terhadap status facebook Abu Anas Madani yang boleh
dikira sebagai berbahaya kepada masyarakat kerana boleh menjerumuskan kepada
budaya takfir mentakfir…”
Respon
awal dari Dr Abu Anas Madani;
Alhamdulillah,
Petikan
pandangan ulama' dalam isu MADAD telah diulas oleh para ustaz dengan hujjahnya
yang tersendiri. (Boleh dibaca dalam blog / fb mereka).
Terima
kasih kepada mereka yang berbincangnya secara ilmiah dan akademik.
Dan
disini ana menegaskan bahawa;
Ana
tidak mensyirikkan dan mengkafirkan sesiapa. Bukan manhaj dan cara ana
berdakwah untuk mengkafirkan orang Islam. Itu pandangan fatwa yang dinukilkan. Kalau
ada pencerahan kemukakan, masyarakat boleh menilainya dengan baik, insya'
Allah. AAM, 17/8/2014.
Di bawah ini
respon AAM kepada artikel tersebut:
Pertama: Ulasan
Ana kepada isu TAKFIR (Suka atau berani mengkafirkan orang yang tidak
sependapat dengannya).
Budaya ini
telah menular dalam kalangan masyarakat Malaysia ekoran ada beberapa orang
pendakwah yang sangat berani dan boros mengeluarkan perkataan kafir bahkan
berani menuduh ke atas orang perseorangan “Takfir Mu’ayyan” dan
mengatakan secara soreh dengan menyebut namanya “fulan kafir” atau “murtad”.
Wal’iyazubillah.
Maka dengan
rasa cemas dan bimbang dengan budaya yang dahsyat ini ana telah menulis
tazkirah atau peringatan kepada pendakwah dan masyarakat agar berhati-hati
dengan golongan ini.
Lihat: “Jangan
Mudah Melemparkan Tuduhan Jahat dan Melabel Para Pendakwah”. Sila baca di: Jangan Mudah Menjatuhkan Hukum Kafir
http://abuanasmadani.blogspot.com/2012/09/jangan-mudah-melemparkan-tuduhan-jahat.html
http://abuanasmadani.blogspot.com/2012/09/jangan-mudah-melemparkan-tuduhan-jahat.html
Jadi kalau
penulis artikel meluahkan rasa kebimbangannya dalam isu TAKFIR ini maka saya
berseru untuk kita bersama membanteraskan kelompok tersebut.
Kedua: ISU
MADAD atau ISTIGHASAH.
Meminta
pertolongan dengan orang yang telah mati.
Penulis artikel
telah menyebut:
“Dr
Abu Anas mengatakan ...”.
Itu
bukan kata-kata saya, itu petikan dari sumber yang dikongsikan.
Penulis
dalam artikelnya telah menyebut hujjah atau dalil yang banyak yang menunjukkan
keharusan yang membolehkan beristighasah dengan orang mati.
Ulasan:
A) Hujjah yang dikemukan ada yang sahih, namun
cara pengambilan dalil (wajh al-Istidlal) darinya masih memerlukan
pencerahan lagi;
1- Peristiwa tersebut terjadi semasa hayat Nabi SAW
bukan selepas kewafatan Baginda.
2- Berbeza antara minta doa dengan Allah tetapi
mengguna “JAH” atau pangkat Nabi SAW dengan terus minta dengan Nabi SAW selepas
kewafatan Baginda.
3- Tak boleh nak samakan Taraf Nabi SAW dengan
taraf manusia lain samada orang yang diberi taraf wali dan sebagainya.
B) Dalil yang
dibawa oleh para ulama’ yang membenarkannya tidak kuat (dhaif) dan menjadi
pertikaian para ulama’ hadis atau memang maudhu’, atau dari golongan yang tidak boleh dijadikan hujjah dengan perbuatannya.
Maka dalil atau
sandaran yang tersebut perlukan kepada pencerahan lagi untuk mencerahkan
masyarakat dalam isu ini.
Dibawah ini ana
kemukan contoh satu dalil yang menjadi perebutan antara pendokong dan
penentang.
Pencerahan
kepada cerita Ad-Dharir (Si Buta) yang bertawassul.
عَنْ عُثْمَانَ بْنِ حُنَيْفٍ، أَنَّ رَجُلًا ضَرِيرَ الْبَصَرِ
أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: ادْعُ اللَّهَ أَنْ يُعَافِيَنِي،
قَالَ: "إِنْ شِئْتَ دَعَوْتُ وَإِنْ شِئْتَ صَبَرْتَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكَ"،
قَالَ: فَادْعُهْ، قَالَ: فَأَمَرَهُ أَنْ يَتَوَضَّأَ فَيُحْسِنَ وُضُوءَهُ وَيَدْعُوَ
بِهَذَا الدُّعَاءِ: "اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ وَأَتَوَجَّهُ إِلَيْكَ بِنَبِيِّكَ،
مُحَمَّدٍ نَبِيِّ الرَّحْمَةِ، إِنِّي تَوَجَّهْتُ بِكَ إِلَى رَبِّي فِي حَاجَتِي
هَذِهِ لِتُقْضَى لِيَ، اللَّهُمَّ فَشَفِّعْهُ فِيَّ".
Uthman bin
Hunaif radiallahu meriwayatkan bahawa seorang lelaki yang buta datang kepada
Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam lalu berkata: “Berdoalah kepada Allah agar Dia
menyembuhkan aku. Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: Jika engkau
mahu, aku akan doakan, jika engkau mahu bersabar, itu baik untuk diri mu.
Lelaki itu menjawab: Engkau berdoalah. Lalu Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam
menyuruh lelaki tersebut untuk berwudhu dan mengelokkan wudhunya dan berdoa
dengan doa ini:
Ya Allah, sesungguhnya
aku memohon kepada-Mu dan menghadap kepada-Mu dengan nabi-Mu, Muhammad, Nabi
pembawa rahmat. Sesungguhnya aku menghadap kepada Tuhanku dengan Engkau
(Muhammad) untuk urusan hajatku ini agar ia selesai. Ya Allah, berikanlah
syafaat kepadanya untuk diriku”. [Sunan at-Tirmizi, Kitab ad-Daawat, hadis
no: 3531, sahih gharib]
Hadis ini
menjadi hujah kepada sebahagian ilmuan Islam yang membenarkan untuk bertawassul
dengan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam hatta selepas kewafatan Baginda
sallallahu ‘alaihi wasallam.
Pendapat ini
dibantah oleh ulama lain.
Yang membantah
berhujah bahawa hadis ini menunjukkan tawassul dengan doa orang soleh. Ini
berdasarkan perkataan lelaki itu kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam: Berdoalah
kepada Allah agar Dia menyembuhkan aku.
Hadis ini
menunjukkan lelaki itu dan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam itu kedua-duanya
berdoa kepada Allah. Dan ini lah yang dimaksudkan dengan doa lelaki itu: “Ya Allah, berikanlah syafaat kepadanya untuk
diriku”.
Hadis di bawah
menjadi hujah penguat bahawa tawassul hanya dengan orang yang masih hidup.
عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، أَنَّ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ
كَانَ إِذَا قَحَطُوا اسْتَسْقَى بِالْعَبَّاسِ بْنِ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ، فَقَالَ:
"اللَّهُمَّ إِنَّا كُنَّا نَتَوَسَّلُ إِلَيْكَ بِنَبِيِّنَا
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَتَسْقِينَا،وَإِنَّا نَتَوَسَّلُ إِلَيْكَ بِعَمِّ
نَبِيِّنَا فَاسْقِنَا، قَالَ: فَيُسْقَوْنَ" .
Bermaksud: Anas
radiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Umar al-Khattab radiallahu apabila
berlakunya kemarau, beliau bertawassul dengan ‘Abbas bin ‘Abdul Mutholib.
Beliau berkata: Sesungguhnya dulu kami bertawassul kepada Mu dengan Nabi kami
sallallahu ‘alaihi wasallam, lalu Engkau berikan hujan kepada kami.
Sesungguhnya kami bertawassul kepada Engkau dengan bapa saudara Nabi kami,
turunkanlah hujan. Maka hujan pun turun. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Manaqib,
hadis no: 3457]
Berdasarkan
hadis ini, jika dibenarkan bertawassul dengan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam
selepas kewafatan Baginda, kenapa Saidina Umar perlu bertawassul dengan ‘Abbas
radiallahu ‘anhu?
Petikan Perbincangan 1:
Bank Fatwa
pimpinan Dr. Abdullah al-Faqih merumuskan dalam fatwa nombor 1169:
والتوسل بذات النبي صلى الله عليه وسلم، أو بجاهه، أو بحقه،
مختلف فيه بين العلماء:
فذهب أكثر الفقهاء من المالكية، والشافعية، والحنابلة إلى
جوازه، واحتجوا بأحاديث لا يصلح شيء منها للاحتجاج، إذ هي بين الضعيف والموضوع، كما
احتجوا أيضاً بعمومات من القرآن، وبأحاديث صحيحة، لكنها ليست نصاً على ما ذهبوا إليه
من جواز التوسل المذكور.
Tawassul dengan
zat Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, dengan kemuliaannya, atau dengan haknya,
merupakan perkara yang diperselisihi oleh ulama.
Pendapat
Pertama:
Kebanyakan
fuqaha’ mazhab Malik, Syafie, dan Hanbali membenarkannya.
*[Hujjah dan pendapat mereka –rahimahumullah- boleh
dirujuk dalam Kitab “Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah, Jilid 14 149-164”
dan sebahagiannya telah disebut dalam pencerahan dengan panjang lebar]
Kata Al-Faqih:
Mereka berhujah
dengan hadis-hadis yang tidak dapat dijadikan hujah. Hadis-hadis itu sama ada
lemah mahupun palsu. Mereka berhujah juga dengan keumuman ayat-ayat al-Quran,
dan hadis-hadis yang sahih, tetapi semuanya tidak menunjukkan secara jelas (nas)
membenarkan pendapat mereka yang membolehkan tawassul yang disebutkan.
أما من ذهب إلى المنع من هذا النوع من التوسل فحجته أنه لم
يرد نص صحيح صريح يبيحه، وأن جاه النبي صلى عليه وسلم ومنزلته ليست من عمل الإنسان،
والله تعالى يقول: ﴿وَأَنْ لَيْسَ لِلْإِنْسَانِ إِلَّا مَا سَعَى﴾ [النجم:39] ومن
أدلتهم أيضاً على منعه أنه وسيلة إلى الاستغاثة بغير الله تعالى، واعتقاد نفعه وضره،
وهذا مفض إلى الشرك، ووسيلة إليه، بالإضافة إلى أن هذا لم يكن من هدي النبي صلى الله
عليه وسلم، ولا من عمل الصحابة، ولا التابعين بعده. والراجح عندنا هو القول الأخير
لقوة أدلة القائلين به، ولكون التوسل من باب الدعاء، والدعاء عبادة، والعبادة توقيفية.
والله أعلم.
Pendapat Kedua:
Adapun para
ulama yang melarang tawassul sebegini berhujah bahawa tiada satu dalil yang
sahih dan jelas menunjukkan ia dibenarkan. Kemuliaan Nabi sallallahu bukanlah
daripada hasil amalan insan, sedangkan Allah berfirman: {Tidaklah untuk manusia
itu melainkan apa yang mereka pekerjakan}. [An-Najm: 39].
Antara hujah
mereka juga adalah kerana ia merupakah satu wasilah kepada meminta selain
Allah, beri’tiqad bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam yang memberi manfaat
dan mudharat. Ini akan membawa kepada syirik dan menjadi wasilah kepada syirik.
Tambahan pula, ini bukan daripada petunjuk Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam,
bukan juga amalan para sahabat, dan bukan juga amalan para tabiin selepas
mereka.
Jadi pendapat
yang kuat di sisi kami (Panel web ini) ialah pendapat yang kedua (yang
melarang) kerana kekuatan dalil-dalil mereka. Tawassul itu adalah bab doa, dan
doa adalah ibadah, dan ibadah adalah sesuatu yang tawqifi (hanya dilakukan
apabila ada dalil)). Tamat Petikan.
~~~~~~~~~~
Kesimpulannya:
Perlu difahami,
yang menjadi khilaf para ulama’ ialah berdoa kepada Allah dengan lafaz tawassul
seperti: “Ya Allah, dengan kemuliaan Nabi-Mu, aku memohon kepada-Mu”.
Akan tetapi
jika seseorang berdoa: Ya Rasulullah, bantulah aku. Ini merupakan satu perkara
yang berbeza!
Jadi “Al-Madad
Ya Rasulullah”: Tawassul Dengan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam atau
Meminta Tolong Kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam?
Sebahagian
pihak yang mempertahankan lirik qasidah ‘Al-Madad Ya Rasulullah’ menyatakan
bahawa mereka bukan berdoa kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam, sebaliknya
mereka berdoa kepada Allah sambil bertawassul dengan Rasulullah sallallahu
'alaihi wasallam.
Jika benar ia
tawassul dengan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam, kenapa lafaznya
Al-Madad Ya Rasulullah? Kenapa bukan Al-Madad Ya Allah?
Maka
perbincangan ini perlukan pencerahan yang terperinci lagi.
Pandangan di
atas mungkin agak keras cara rumusannya, di bawah ini pula petikan pandangan Sheikh Dr. Yusuf Bin Abdullah Al-Qaradhawi Ketua
Ittihad ulama’ Sedunia, yang juga merupakan seorang tokoh ulama’ semasa yang membawa
pendekatan wasathi atau sederhana:
Tawassul yang
menimbulkan perselisihan ulama
Berhubung
dengan tawassul yang menimbulkan perselisihan di kalangan ulama dan berlaku
perbahasan hebat di antara golongan yang mengharuskannya dengan golongan yang
melarangnya ialah bertawassul kepada Allah SWT dengan menggunakan zat Nabi
s.a.w atau dengan salah seorang daripada nabi, malaikat atau orang-orang soleh.
Ia dilakukan dengan cara bertawassul dengan “jah nabi” (pangkat dan kedudukan
Nabi s.a.w di sisi Allah swt), hak atau kedudukannya di sisi Allah s.w.t agar
diperkenankan doa dan permintaan orang yang bertawassul.
Terdapat di
kalangan tokoh generasi salaf dan khalaf yang mengharuskannya jika berkaitan
dengan hak Nabi s.a.w sahaja tetapi tidak mengharuskan jika melibatkan hak yang
lain daripada hak Baginda s.a.w, sebagaimana yang diriwayatkan daripada Imam
Ahmad dan lain-lain.
Antara mereka
ada juga yang mengharuskan bertawassul dengan seluruh para nabi dan orang-orang
soleh.
Hujah mereka
adalah hadis Uthman bin Hunaif berkaitan kisah seorang lelaki buta yang
bertawassul dengan Nabi s.a.w, lalu Allah swt mengembalikan semula
penglihatannya.
Mereka juga
berhujah dengan logik akal iaitu syafaat orang-orang yang dekat dengan raja,
sultan atau umarak diterima dan diperkenankan, kerana mereka menjadi orang
tengah yang membawa pengaduan rakyat jelata kepada raja. Ada yang mengatakan:
Kalau tidaklah kerana orang tengah, sudah tentu perkara yang dipohon tidak
tercapai.
Kemungkinan orang yang membezakan di antara bertawassul
dengan nabi dengan orang-orang soleh yang bukan nabi, melihat Nabi s.a.w
berbeza dengan orang yang lain, kerana Baginda s.a.w wafat dalam keadaan
diredhai Allah s.w.t dan merupakan ahli syurga.
Manakala tidak
ada seorangpun yang lain dapat memastikan dia benar-benar meninggal dunia di
atas landasan iman dan menjadi ahli syurga secara pasti kecuali orang-orang
yang disampaikan berita gembira oleh Rasulullah s.a.w sebagai akan memasuki
syurga Allah swt s.w.t di akhirat nanti.
Al-Qaradhawi berpendapat melakukan qiyas
sesuatu yang hadir dengan sesuatu yang ghaib atau mengqiyaskan Allah Azza wa Jalla
dengan makhluk, raja-raja atau sultan merupakan qiyas yang tidak dapat
diterima, kerana sebagaimana yang diyakini umat Islam, terdapat perbezaan besar
dan ketara diantara dua perkara yang dijadikan perbandingan itu. Pada pintu
perkenan Allah swt tidak terdapat sebarang penjaga dan tidak terdapat orang
tengah di antara-Nya dengan makhluk-Nya.
Firman Allah
swt yang bermaksud:
{
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا
دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ } [البقرة: 186]
“Dan
apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang aku, maka (jawablah), bahawasanya
Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia
memohon kepada-Ku, Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan
hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran” [Al-Baqarah
186].
Dalam kesimpulannya, Sheikh menegaskan bahawa khilaf
dalam masalah ini jelas. Beliau juga menyimpulkan pandangan Sheikh Ibnu Taimiah rahimahullah Bahawa
Perkara ini adalah masalah khilafiah dan menjatuhkan hukuman kafir “Takfir”
padanya adalah haram dan berdosa. [Sila rujuk
Bab At-Tawassul dalam Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah, Jilid 14].
Namun Sheikh secara
peribadi lebih cenderung kepada tidak bertawassul dengan Zat Nabi SAW dan orang
soleh yang lain kerana beberapa sebab;
1-
Dalil-dalil
yang menegah dan melarang bertawassul dengan zat Nabi dan zat orang-orang soleh
lebih kuat menurut neraca ilmu, lebih-lebih lagi pintu Allah sentiasa terbuka
kepada setiap makhluk-Nya.
2-
Keharusan
bertawassul kadang-kadang membuka jalan pintas ke arah berdoa kepada selain
daripada Allah s.w.t, memohon pertolongan daripadanya dan ramai orang yang
mencampuradukkan kedua perkara tersebut. Menutup pintu tersebut kepada orang awam
lebih utama dilakukan, terutamanya yang melibatkan tauhid dan syirik.
3-
Manhaj,
pendekatan atau jalan dakwah yang saya pilih dalam pengajaran, dakwah dan fatwa
ialah jika masih boleh mengajak masyarakat beribadah kepada Allah dengan melakukan
perkara yang disepakati oleh ulama’, tidak wajar sama sekali memberi penekanan kepada
perkara-perkara yang masih diperselisihkan oleh mereka, kerana tidak ada
keperluan untuk berbuat demikian”. [Lihat: Fusul Fi Al-Aqidah 261-266, Maktabah
Wahbah 2005]
Penjelasan SYAFAAT RASULULLAH SOLLALLAHU 'ALAIHI
WASALLAM.
Ana telah jelaskan dalam Syarah Kitab “Anak Kunci Syurga” (09) SYAFAAT NABI SAW kepada Umat & Kenali Golongan yang layak menerima SYAFAAT.
Sila Lihat: http://youtu.be/21AlN4cd4YM
Semoga Allah jadikan kita semua termasuk dalam
golongan orang layak menerima SYAFAAT.
Ketiga: Sad
Az-Zara’ik (membendung perkara yang asalnya harus tetapi boleh membawa kepada
yang tidak baik.
Contohnya
fenomena yang baru dibawa ke dalam masyarakat kita dengan niat yang baik, tapi
dengan kefahaman yang tidak mantap, tanpa kawalan ilmu maka dibimbangi lama kelamaan akan jadi fenomena
yang merosakkan.
Ringkasnya
lihat video di bawah ini:
مدد مدد يا رسول الله
Keempat: Kata Ulama’: “Keluar dari perkara khilaf
itu lebih baik”.
[Lihat:http://abuanasmadani.blogspot.com/2014/03/tidak-boleh-ingkar-masalah-khilaf.html ]
[Lihat:http://abuanasmadani.blogspot.com/2014/03/tidak-boleh-ingkar-masalah-khilaf.html ]
Kalau dalam
amalan kita ada yang sahih, sabit dari Rasulullah SAW dan para sahabat yang
tidak dipertikaikan oleh sesiapa, mengapa kita hendak mencari amalan atau
perbuatan yang begitu berat pertikaian dan khilafnya.
Alhamdulillah
Syariat Islam sangat agung, Rasulullah SAW wafat setelah menyempurnakan tugas
menyampaikan risalah Islam.
Akhir kata,
semoga kita semua para pendakwah dan mereka yang berilmu dapat menyampaikan dan
membimbing masyarakat dengan ilmu dan amalan yang sahih dan betul daripada
Syariah Islam berteraskan ajaran al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah SAW yang
sahih. Bukan mengajarkan mereka dengan pelbagai ajaran dan
pendapat yang tidak dapat dipastikan kesahihannya atau dipertikaikan oleh
sebahagian ulama’ dengan begitu keras lalu menjadikan mereka semakin jauh dari
landasan Syariah yang suci dan berada dalam kecelaruan tanpa kawalan dan
bimbingan.
Jauhkan diri dari suka menjatuhkan hukum kafir atau murtad atau meletakkan label yang buruk terhadap orang berbeza dengan pandangan kita.
Semoga Allah memberi taufiq dan hidayah kepada kita ke jalan yang diredhai-Nya. Wallahu a’lam.
Akhukum,
Abu Anas
Madani,
24 Syawal
1435H/20 Ogos 2014.