SALING INGAT MEMPERINGATI KE ARAH KEBAIKAN DAN DENGAN KESABARAN.
بسم الله، والحمد لله،
والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وأصحابه ومن والاه، وبعد.
Zaman globalisasi menguasai hidup kita kini,
semuanya berada di hujung jari. Pelbagai nama diberi, dunia tanpa sempadan,
zaman langit terbuka, dunia IT… Segalanya boleh di aksess dan tersebar dalam
sekelip mata tanpa dan limit dan peraturan yang membatasinya. Sesiapa saja
boleh meng-publish, upload, download, apa saja berita, cerita gambar, carta,
dan sesiapa saja pula boleh membuka dan melihatnya.
Tetapi semuanya ada positif dan negatif, AWASLAH, jangan
sampai kita lupa batasan hukum Syariah dan melanggar adab susila. Sebelum ini,
tidak berapa lama dulu tersebar kes, “mangsa tagging”, semua
orang bercakap tentang keburukan “tagging photos” sehingga terbuka segala aurat
dan rahsia, hasil kerajinan kawan atau lawan. Gambar-gambar lama yang kita tidak suka dan tidak
sesuai menjadi tatapan umum yang ajnabi, telah tersebar luas di alam maya tanpa
sedar kita. Ini akibat hasil kerja orang lain…
Sila lihat:
FACEBOOK: Photos & Tagging Yang Mengundang Dosa
Sila ke; http://abuumair1.wordpress.com/2010/03/04/facebook-photos-tagging-yang-mengundang-dosa/#more-2486
Itu kerja orang tanpa kebenaran kita, tetapi
apa yang lebih mendukacitakan, dan seolah menjadi trend hari ini ialah “pendedahan”, hasil buah tangan diri kita sendiri yang tidak
segan silu membuka pekong di dada!!
Inilah yang dikatakan menzahirkan
maksiat atau keburukan yang dilakukan!!!!
Iaitu seseorang yang membuka dan
mendedahkan sendiri perbuatan buruk yang dilakukan secara tertutup, yang tidak ketahui
oleh orang lain sebelumnya. Seolah-olah mereka berbangga dengan perbuatan
tersebut dan mahu semua orang tahu dan melihatnya..
Zaman IT ini sangat mudah dan senang bagi seseorang
untuk mendedahkan aib dan keburukan diri sendiri. Contohnya mungkin dengan
mendedahkan gambar-gambar lama dalam koleksi, kononnya sebagai kenangan,
sedangkan gambar itu sebelum mendapat kesedaran, tidak tutup aurat atau
percampuran bebas.
Mungkin juga seseorang yang memang menutup
auratnya, tetapi bergambar membuka aurat dalam rumah dan bersama family secara
tertutup. Tetapi gambar itu disebarkan, samada melalui blog atau facebook yang
boleh dilihat oleh ratusan atau ribuan orang yang haram kita perlihatkan aurat
kepada mereka.
Ingatlah amaran Nabi SAW terhadap perbuatan
sedemikian sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Setiap umatku (boleh)
diampunkan kecuali mereka yang mendedahkan dosanya, ada dalam kalangan mereka
yang mendedahkan ini, melakukan dosa di waktu malam, kemudian apabila tiba
waktu siang, sedang Allah menutup keaiban dosa itu, namun tiba-tiba dia mendedahkan
dengan berkata: Wahai fulan, semalam aku lakukan itu dan ini. Maka terhapuslah
lindungan Tuhan-Nya dan jadilah dia membuka rahmat Allah yang sebelum ini
menutup keaibannya.” [HR Bukhari dan Muslim].
Ini reality
bukan lagi fantasy, apabila buka tengok foto-foto di Facebook sesetengah orang,
(yang kita lihat profile dan background seseorang yang memang ada asas pengajian
agama dan lebih malang lagi jika dari kalangan ilmuwan dan agamawan…
ustaz/ustazah); terdapat gambar separa menutup aurat
yang tak sepatutnya dipublishkan untuk umum, Mungkin gambar itu sekadar suka-suka
semasa bersantai bersama keluarga dan rakan terdekat, okay tak terlepas hudud
jika untuk simpanan sahaja, tapi yang malangnya tangan kita sendiri pula yang “gatal”
postkannya di Fb yang boleh menjadi tatapan ribuan bahkan jutaan mata termasuk
lelaki yang bukan mahram! Ini bukan lagi tak sengaja dan tanpa niat namanya.
Jika yang
lelaki mungkin gambar anak isteri atau keluarga terdekat, juga gambar ikhtilat
yang tidak sepatutnya. Juga sebagai suami atau bapa pantaulah perbuatan anak
dan isteri masing-masing, jangan pula menjadi ‘bapa borek anak rintik’!
Nabi SAW pernah bersabda:
((مَا
مِنْ امْرَأَةٍ تَضَعُ ثِيَابَهَا فِي غَيْرِ بَيْتِ زَوْجِهَا، إِلا هَتَكَتْ
السِّتْرَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ رَبِّهَا))
Ertinya: Tiada seorang wanita
pun yang membuka auratnya (pakaiannya) di luar rumah atau tempat selain rumah
suaminya (atau ayahnya tanpa kewujudan orang luar) kecuali dia telah merempuh
tabir (sempadan yang digariskan) di antaranya dan Tuhannya" (Riwayat Imam Ahmad,
At-Tirmizi; Katanya: “Hadis Hasan”)
Taraf sesetengahnya
sebagai pelajar sekolah agama yang berasaskan pendidikan Islam (terus terang
ditujukan kepada semua bekas pelajar dari seluruh sek. Men. agama berprestij
dari seluruh MALAYSIA ex Maahad-mahaad, kolej-kolej Islam, UIA, UKM, UM dengan
Pendidikan Islamnya (malas nak sebut nama satu persatu), …..hatta dari Arab
Saudi, Azhar dan Jordan, Juga untuk semua saudara/ri Islam, tak kira apa
pendidikan (persekolahan) anda, tapi yang penting kamu adalah seorang Islam
yang sedar dan tahu hukum-hakamnya. Don’t try to make any excuse…
Bagi
sesetengah muslimah tu, zaman sek. rendah ada di antara yang terawal bertudung
tak percaya tengok dalam foto facebook tu juga, after that sek. Men. dengan
tudung bulat matako dan jersinya, setengahnya berdagu lagi, berstokin
tebal yang panjang, zaman ni mungkin paling perfect dan sempurna pakaian
muslimah solehah, masya’Allah! Then bila dah masuk universiti, agak longgar dan
mula bertambah ‘modern’ & up-to date, tapi masih terkawal dengan
rules dan regulations kolej, akhirnya bila dah grad dan bercareer, anda bebas tapi
mungkin tak secanggih today selepas bersuami yang hebat dan memahami jiwa yang
sama-sama inginkan kebebasan dan keluar dari label golongan “sek agama” atau
ustaz/ustazah!!! Bukan nak suruh masih ber’jersey’ or ber’matako’, tapi yang
sewajarnya lah, tepuk dada tanya iman masing-masing.
Jika kita tengok melalui gambar-gambar itu saja dapat melihat betapa
hebatnya transformasi yang berlaku!!
Bagi wanita, jangan kata suka-suka sahaja sesama FEMALE FRENS,
boleh kata semua orang ada kawan FB lelaki yang bukan mahram, tak termasuk
lagi, kawan suami, suami kawan dlll….
Astaghfirullahal ‘Azim. Di mana asas ilmu dan iman yang ditanamkan oleh
ibu bapa kita sejak kita kecil lagi? Bukan lagi salah ibu bapa yang telah
memberikan kita didikan AGAMA sejak dari kecil, tapi salah Fb kot!
Untuk
golongan lelaki pula si suami, tak kira
apa career anda sekarang, ustaz atau bukan, apa2 professional, pantaulah anak
isteri, bertanggung jawablah dengan amanah yang dipikul… Jangan hanya berdengung:
Benda yang kecik2 my wife yang decide, I masalah2 yang besar2 sahaja
putuskan!
Apakah
menjaga Syariah Allah itu kecik?
Pakaian,
mekap dan lifestyle kita dan isteri tak perlu diambil tahu dan dipedulikan??
Bebas nak pakai apa asal masih “menutup rambut”, aurat yang lain terdedah atau
hanya dibungkus sahaja?
Sedih hati dan
sakit mata melihat mereka yang boleh dikatakan berpendidikan agama (terutamanya
jika kawan-kawan yang dikenali) berseluar ketat (BAHKAN BER’JEANS’!), berbaju
ketat dan singkat, ber t-shirt lengan pendek, ada yang bungkus tangan dengan
‘setongan’ sahaja, tak kurang juga yang togel begitu sahaja! Fesyen baju tak
usah kiralah, mungkin waktu itu bersama keluarga, TETAPI YANG MENYEDIHKANNYA
KENAPA SANGGUP MENGAIBKAN DIRI DAN MENJATUHKAN MARUAH diri dan Islam DENGAN
MEM-PUBLISHNYA UNTUK TATAPAN UMUM, OPEN TO PUBLIC??? JANGAN KATA TAK TAHU
BATASAN DAN BAGAIMANA PAKAIAN WANITA ISLAM, BATASAN AURAT YANG TELAH DIJELASKAN
ALLAH SWT?
Manakala si suami yang para professional pula, yang kononnya tiada asas pendididikan agama, (sebenarnya
asas agama semua dah ada, alhmdulillah semua Islam dan tahu hukum, cuma tidak
sekolah Arab atau agama je dulu…). Bukankah kamu berkenan dan jatuh hati kepada
si dia itu kerana tudungnya dulu, kerana sopannya pakaian muslimahnya? Berkenan
untuk dijadikan suri membimbing anak2 dan diri, membina keluarga mukmin?? Tetapi
sekarang nampaknya semua dah sama2 hanyut dalam arus modenisasi dan
globalisasi, bukan lagi yang mempunyai basic agama memberi kesan positif kepada
pasangannya tetapi seolah-olah sebaliknya….
Ingatlah hadis
Rasulullah saw yang bermaksud: Setiap kamu adalah pemimpin yang akan
ditanya tentang orang-orang di bawah jagaannya.” [HR: Al-Bukhari].
Isteri
dan keluarga adalah di bawah tangungjawab suami!!! Mustahil tak tahu hukum kalau dah Melayu dan Islam sejak lahir di
Malaysia. Muallaf pun tahu dan di ajar semuanya sekarang ni. Kalau tak tahu,
belajarlah…
Ajaibnya tengok
gambr dulu dan kini, tak rasa malu pula bubuh gambar zaman sek. rendah dan menengah
yang begitu sopan, lepas tu gambar terkini yang WOW!!! Faham-faham sendirilah…
mungkin kita bangga dan megah dengan transformasi itu, tapi pada hakikatnya ia
adalah sesuatu yang merendahkan taraf dan diri sendiri.
Selepas ni semoga
setiap orang boleh cek gambar masing-masing, mana-mana yang rasa tak lulus
guidelines Syariah, silalah buang dan simpan untuk tatapan dan kenangan peribadi.
Jangan gambar aje, ubahlah penampilan dan pakaian kita, tak kira apa saja anda
sekarang, kalau ustaz/ustazah lebih2 lagi, kalau bukan by profession atau sijil
pun, by nature and basically kita semua ni boleh dikatakan ustaz/zah, ayah2
kita kebanyakannya, ustaz2, tok2 imam, tok2 lebai dan yang sejenis dengan nya.
Juga jangan
kita terlalu ghairah, memuatkan semua foto2, apa saja aktivti hidup dishare
umum, ingatlah fb inipun namanya “Laman Sosial”, kita bukan lagi remaja belasan
tahun yang masih belum jelas halatuju hidupnya, usia sesetengah kita ini dah
nak masuk group wargakubur pun…
Yang lebih
menyedihkan sesetengah ustaz tu sanggup
publish gambar-gambar berdakap mesra dengan isteri masing-masing, bahkan lebih
parah berposing mesra di depan Ka’bah??? Memang anda berdua halal, tetapi adalah aib dan tidak halal untuk
mempamerkannya di hadapan orang lain… orang lain suami isteri pun “loving &
caring” macam kita juga!!! Kita bukannya mat saleh atau kucing, unta pun tahu
malu..
Maaflah jika
terasa, memang nak suruh muhasabah pun, bukan juga merasakan diri ini lebih
baik dan sempurna, tetapi sebagai peringatan untuk diri sendiri juga agar
sentiasa lebih-lebih berhati dan tidak melangkaui batasan yang telah
ditetapkan-NYA!
Akhirnya, ingatlah
firman Allah yang bermaksud:
"Dan
apakah kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk
berfikir bagi orang yang mau berfikir, dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi
peringatan?” [Fathir: 37].
Sebahagian
ahli tafsir mengatakan panjang umur itu ialah apabila telah sampai “40 tahun”,
manakala tanda peringatan itu pula ialah “uban”.
Cacatan ini memang
peringatan untuk semua saudara/ri Islam, tua muda, remaja atau warga emas.
Tetapi lebih-lebih lagi bagi mereka
yang yang sudah matang dan berusia, para
suami dan isteri, kita sepatutnya menunjukkan contoh dan didikan yang baik
kepada para anak muda dan remaja di luar sana, yang masih memerlukan bimbingan
agama dan akhlak. Bukannya turut hanyut dan terikut budaya dan arus yang
negatif itu.
Wallahu
a’lam.
Catatan by:
Mama ‘Iffah, Ummu Anas Madani, 29hb Mac 2010.
Update dan edit 6 Syawal 1434H - 13/8/13.